ujian Psikometrik online free

Ujian Psikometrik Online Free 2024 : Apa Yang Calon Perlu Bersedia

Anda perlukan contoh soalan ujian Psikometrik online free untuk panggilan sesi terbaru ini?

Sebelum itu, rujuk panggilan ujian ini di laman rasmi FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Atau anda juga boleh buka emel masing-masing dan buat semakan di situ.

Biasanya calon yang dipanggil sahaja akan mendapat emel panggilan.

panggilan ujian Psikometrik
Contoh Panggilan Ujian Psikometrik Untuk Jawatan Penguasa Bomba KB41

Jika anda tidak menerima sebarang emel, maka itu bermakna anda tak terpilih untuk panggilan terkini ujian Psikometrik tersebut.

Usah berputus asa, teruskan mengemaskini permohonan masing-masing di laman web SPA.

Mana tahu, ada rezeki dipanggil untuk ujian Psikometrik jawatan lain pula.

Ujian Psikometrik Online Free

Anda boleh dapatkan ujian Psikometrik online free di mana-mana laman web yang ada di internet.

Tetapi anda perlu berhati-hati kerana tak semua laman web memberi contoh soalan ujian Psikometrik yang betul.

Ada ujian Psikometrik yang disediakan untuk tapisan tahun 6 iaitu tapisan sekolah rendah.

Ada juga yang dibuat untuk tapisan ke aliran khas sekolah menengah.

Ada juga tapisan Psikometrik untuk kemasukan ke institusi tertentu seperti ke IPG yang dinamakan UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru).

Jika anda dipanggil ke ujian Psikometrik SPA iaitu untuk kemasukan ke sektor awam, usah khuatir kerana anda berada di tempat yang betul.

Tujuan Ujian Psikometrik

Tujuan ujian Psikometrik dilaksanakan ada dua.

Tujuan yang pertama, untuk mengecilkan bilangan calon daripada sampai ke peringkat seterusnya.

SPA boleh wujudkan beberapa tapisan yang mereka rasakan perlu sebelum calon sampai ke peringkat temu duga.

Kami ambil contoh jawatan Pegawai Pertanian Gred G41.

Untuk jawatan Pegawai Pertanian Gred G41 ambilan sesi 2022, sebanyak 3 tapisan telah dilaksanakan.

Yang pertama adalah tapisan ujian Psikometrik. Yang kedua adalah peperiksaan online dan tapisan ketiga adalah temu duga

 

Jadi untuk mengurangkan bilangan calon daripada sampai ke tapisan temuduga, ujian Psikometrik dipilih untuk menjadi tapisan pertama.

Tujuan kedua ujian Psikometrik dilaksanakan adalah untuk mengkelaskan kelompok calon mengikut tret, kecenderungan sikap atau kesesuaian perwatakan.

Dan hasilnya, personaliti calon akan disemak sama ada padan atau tidak dengan keperluan jabatan.

Keperluan itu sudah semestinya telah ditetapkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik SPA

Mengikut pengalaman kami dan beberapa calon lain yang dah lulus, antara tips utama sering dikongsikan adalah tonjolkan sikap positif.

Pernyataan ini sememangnya benar.

Tetapi belum cukup kuat untuk melayakkan anda lulus dan MELEPASI TAHAP PENILAIAN PSIKOMETRIK.

keputusan ujian Psikometrik
Contoh Keputusan Ujian Psikometrik

Jadi apa yang perlu anda buat?

Selain daripada tonjolkan sikap positif, anda perlu konsisten sepanjang penilaian berlangsung.

Anda perlu ingat bahawa set soalan diselerakkan secara rawak dan rambang pada keseluruhan ujian tersebut.

Kami beri contoh untuk domain penilaian BEKERJASAMA

 

Soalan-soalan yang disoal untuk menguji tahap kerjasama anda kemungkinan diletakkan di soalan ke-3, soalan ke-15, soalan ke-45 serta soalan ke-99.

Untuk menjawab soalan tersebut, anda perlu tonjolkan ciri yang bersifat positif serta konsisten pada keempat-empat soalan tersebut.

Selain daripada 2 perkara di atas.

ujian Psikometrik online free

Suka untuk kami ingatkan calon supaya hadam dahulu jawatan yang anda dipanggil tersebut.

Tak cukup sekadar positif & konsisten sahaja.

Anda perlu tahu bahawa sikap & perwatakan penjawat awam di gred 19 & 29 sama sekali berbeza dengan keperluan perwatakan penjawat awam di gred 41.

Gred 41 adalah gred profesional.

Manakala gred 19 & 29 adalah gred pelaksana.

Contoh Soalan Psikometrik

Baik sekarang kita lihat dulu 3 contoh soalan Psikometrik SPA yang pernah ditanya sebelum ini.

Baca lagi : 20 Contoh Lain Soalan Ujian Psikometrik SPA

 

Soalan pertama ;

1. Saya ingin menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Bagaimana nak jawab?

Jika anda sedang menduduki ujian untuk jawatan gred 29, katalah Penolong Jurutera Gred JA29.

Maka jawapan yang patut anda pilih adalah Tidak Setuju.

 

Soalan kedua ;

2. Saya selesa apabila ada ramai orang di sekeliling saya
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Bagaimana nak jawab?

Soalan ini sedang menguji anda dengan perwatakan boleh melaksanakan gerak kerja dalam pasukan.

Jika anda sedang menduduki ujian untuk jawatan yang perlukan kepada gerak kerja secara berpasukan, pilih jawapan Setuju.

 

Soalan ketiga ;

3. Jika diberi pilihan untuk memberi arahan atau menerima arahan, saya lebih selesa untuk menerima sahaja
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Bagaimana nak jawab?

Soalan ini sedang menguji anda dengan perwatakan boleh memberi arahan.

Ingat, di sini pentingnya anda kenalpasti gred jawatan anda.

Jika anda sedang menduduki ujian untuk jawatan gred 41, pilih jawapan Tidak Setuju.

Jika anda sedang menduduki ujian untuk jawatan gred 19 atau gred 29, pilih jawapan Setuju.

Gred 41 adalah gred profesional.

Anda perlu ada skil untuk mengawal anak buah & memberi arahan.

Manakala gred 19 & 29 adalah gred pelaksana.

Maka anda kena tonjolkan sikap menerima arahan dari orang atasan. 

 

Di atas adalah beberapa contoh soalan Psikometrik yang sempat kami kongsikan kepada anda semua.

Moga bermanfaat untuk anda. 🙂

Rujukan Psikometrik SPA

Sedikit recapped untuk calon ujian Psikometrik SPA.

Untuk lulus dalam ujian ini, anda perlu buat 3 benda ini.

1. Fahamkan jawatan terlebih dahulu

2. Tonjolkan sikap positif selari dengan jawatan

3. Konsisten sepanjang ujian

 

Selain itu, anda juga perlu buat latih tubi seperti yang ada dalam rujukan Psikometrik SPA ini.

Rujukan ini telah membantu beribu-ribu calon dalam menghadapi tapisan pertama.

Nak dapat panggilan pertama bukan senang.

Nak masuk ke perkhidmatan awam pun sama, bukan senang.

Jadi berusaha sebaik mungkin.

Buat latih tubi sebanyak mungkin dan semak huraian jawapan yang kami berikan.

ujian psikometrik spaKlik Sini Untuk Dapatkan Latih Tubi Rujukan Psikometrik 2024

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *