Contoh Soalan Peperiksaan Online REQT Sarawak Sesi 2023
Anda dipanggil ke peperiksaan online REQT Sarawak yang akan datang?
Tahniah diucapkan kepada anda kerana terpilih sebagai calon untuk masuk ke peperiksaan ini.
Tapi anda masih tak tahu nak ulangkaji apa?
Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda sebaik mungkin.
REQT Sarawak
Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online REQT Sarawak ini? REQT merujuk kepada Ujian Pengambilan Lantikan Baru.
Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa jawatan ambilan sesi 2023 kali ini adalah antaranya untuk jawatan-jawatan berikut ;
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Jurutera Bahan
Tarikh peperiksaan adalah pada 16 Jun 2023.
Disebabkan peperiksaan REQT ini fokus untuk negeri Sarawak, maka calon-calon terlibat kemungkinan besar adalah dari negeri Sarawak juga.
Sumber : SPA
Format Peperiksaan Online REQT Sarawak
Kepada calon yang belum tahu lagi, format peperiksaan online REQT Sarawak sesi terdahulu terdiri daripada 2 bahagian sahaja iaitu :
- Bahagian A : Pengetahuan Am
- Bahagian B : Daya Menyelesaikan Masalah
Kami jangkakan format untuk tahun ini juga akan kekal sama.
Selepas lulus peperiksaan online ini, barulah anda (calon) akan menduduki pula tapisan seterusnya iaitu sesi temuduga.
Baca lagi : 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Contoh Soalan Pengetahuan Am REQT Sarawak
Dalam seksyen Pengetahuan Am ini, anda sebagai calon perlu banyak membaca kerana skop soalannya sangat meluas meliputi :
- Politik Sarawak
- Pentadbiran Sarawak
- Sejarah Sarawak
- Isu semasa di Sarawak
- Dan hal-hal berkaitan
Ayuh cuba jawab contoh soalan Pengetahuan Am di bawah.
1. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?
A. Tunku Abd Rahman
B. Tun Abd Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Jaafar Onn
2. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum menjadi ahli bermula pada umur?
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun
3. Berikut adalah agensi yang terdapat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kecuali :
A. Food Aid Organization (FAO)
B. International Labor Organization (ILO)
C. North Atlantic Treaty Organization (NATO)
D. International Civil Aviation Organization (ICAO)
4. Kapal angkasa yang membawa angkasawan, selepas meninggalkan ISS, di manakah ia mendarat?
A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan
5. Negara yang tidak membuat tuntutan kepada Kepulauan Spratly adalah :
A. China
B. Vietnam
C. Kemboja
D. Brunei
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah REQT Sarawak
Dalam seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini pula,
Calon hendaklah fokus kepada beberapa elemen yang sering ditanya merangkumi :
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik
Macamana tu? Senang cerita,
Apa sahaja sukatan subjek Matematik yang anda ambil masa PMR / SPM tu, ulangkaji semula.
Ok sekarang ayuh kita tengok contoh-contoh soalan yang berkaitan.
1. Sudut pedalaman bagi permukaan sebuah bentuk dataran ialah 96°, 2p°, 110°, 88° dan p°. Berapakah nilai p°
A. 33
B. 82
C. 142
D. 202
2. Ketika Karnival Jom Heboh, pengunjung pada hari ke-2 meningkat 50% berbanding hari pertama, manakala pengunjung pada hari ke-3 adalah seramai 1605 orang iaitu 2/3 lebih berbanding hari ke-2. Berapakah jumlah kesemua pengunjung?
A. 2407
B. 2806
C. 3210
D. 3417
3. Seorang pelajar boleh menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dia jawab dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55 soalan
B. 50 soalan
C. 40 soalan
D. 45 soalan
4. Harga 40 tembikai susu adalah sebanyak RM380. Berapakah harga purata untuk sebiji tembikai susu?
A. RM10.00
B. RM9.00
C. RM9.50
D. RM8.50
5. Ani dan Suhaira bertolak dari bandar M ke N masing-masing dengan kelajuan 72 km/j dan 85 km/j. Ani bertolak pada jam 8 pagi. Suhaira terserempak dengan Ani dalam perjalanannya pada jam 10:50 pagi. Pada jam berapakah Suhaira bertolak?
A. 8:18 pagi
B. 8:26 pagi
C. 9:12 pagi
D. 9:25 pagi
PERINGATAN
Calon digalakkan menggunakan kalkulator saintifik FX350 / FX570 semasa proses pengiraan jawapan ketika menduduki ujian. Ia lebih memudahkan serta menjimatkan masa !
Untuk persediaan yang rapi, anda perlukan rujukan peperiksaan yang bersifat holistik!
Rujukan peperiksaan ini bersifat menyeluruh dan sesuai dalam latih tubi persediaan membabitkan seksyen-seksyen yang bakal diajukan nanti.
Rujukan Peperiksaan Online REQT Sarawak
Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,
Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀
Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.
Untuk memudahkan urusan anda,
Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.
Pakej yang sesuai adalah pakej rujukan REQT Sarawak (SEDANG DIKEMASKINI) keluaran IKR.
Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂
Boleh muat turun di sini –>> KLIK < Rujukan Sedang Dikemaskini >
Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan yang anda impikan ini !
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh < Rujukan Sedang Dikemaskini >
Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :
- Komponen UTAMA latih tubi
- 90 soalan tambahan khas Seksyen A
- 3 set latih tubi tambahan Daya Menyelesaikan Masalah
- 3 set latih tubi tambahan Kefahaman Bahasa Inggeris
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh < Rujukan Sedang Dikemaskini >