Psikometrik
|

20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA. Baca Sekarang!

Anda dipanggil ke peperiksaan online Ujian Psikometrik SPA pada 25 Julai, 26 Julai, 30 Julai, 31 Julai, 1 Ogos & 2 Ogos 2024 ini?

Sila semak emel anda sekarang. Jika anda terpilih menduduki peperiksaan untuk jawatan di bawah :

  • Pengajar Gred U41
  • Pegawai Penjara Gred KA19
  • Pegawai Tadbir Gred N41
  • Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja)
  • Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
  • Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendengaran)
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Teknologi Kejuruteraan Komputer – Sistem Komputer)
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Kejuruteraan Pembuatan)
  • Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan)

Termasuk juga jawatan-jawatan lain-lain gred (gred 11, gred 19, gred 29 dan gred 41) bawah seliaan SPA negeri masing-masing, tahniah kami ucapkan 😀 

Tapi anda masih tak tahu nak ulangkaji apa?

Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda sebaik mungkin.

Ujian Psikometrik

Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online Ujian Psikometrik ini? 

Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa ujian ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk menapis calon-calon yang berkelayakan masuk ke dalam perkhidmatan awam. 

Ujian psikometrik ini wajib diambil oleh semua calon yang berhasrat untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di mana-mana kementerian.

 

Tetapi perlu diingat bahawa bukan semua jawatan perlukan ujian ini

 

Ada jawatan yang perlukan ujian Psikometrik dan ada juga jawatan yang hanya perlukan peperiksaan biasa sahaja.

Antara jawatan yang pernah terbabit / terlibat dengan ujian Psikometrik ini adalah :

  • Pustakawan Gred S41
  • Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  • Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
  • Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
  • Juruaudio Visual Gred N19
  • Pegawai Penilaian Gred W41
  • Dan lain-lain

Sumber : SPA

Format Ujian Psikometrik

Kepada calon yang belum tahu lagi, format ujian Psikometrik ini terdiri daripada 199 soalan aneka jawapan yang perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit.

Ia mengandungi beberapa pilihan jawapan seperti :

  • Setuju atau Tidak Setuju
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Tidak
  • Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju, Sangat Setuju

Sedikit recapped kepada calon :

Psikometrik adalah ujian yang berkaitan dengan kaedah mengukur kecenderungan atau sifat yang menunjukkan sama ada seorang calon sesuai dengan sesuatu jawatan itu atau tidak

 

Selepas lulus ujian Psikometrik ini barulah calon-calon akan dipanggil ke sesi yang seterusnya pula.

Sama ada sesi temuduga, atau sesi ujian kecergasan terlebih dahulu ; bergantung pada sesuatu jawatan / kementerian yang terlibat.

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Untuk ujian ini, peratusan markah lulus atau gagal tidak seperti yang kita fahami ketika di sekolah dulu.

50% lulus manakala 49% ke bawah dikira gagal.

 

Ujian Psikometrik tidak dikira dengan kaedah yang sama

 

Kerana apa?

Kerana setiap individu, personalitinya adalah berlainan.

Ia bukan seperti soalan Matematik, ataupun Bahasa Melayu yang ada skema pemarkahan tertentu.

Dalam ujian ini, anda sebagai calon akan diuji dengan beberapa set soalan untuk menentukan personaliti, tret, tabiat atau kecenderungan anda.

Sama ada anda layak atau tak untuk berkhidmat di sesuatu kementerian.

Set soalan telah direka untuk mengukur beberapa tema psikologi seperti :

  • Kebolehan bekerja dalam pasukan
  • Kebolehan bekerja bawah tekanan
  • Kebolehan menganalisis
  • Kebolehan menyelesaikan masalah
  • Kebolehan menerima arahan
  • Dan lain-lain lagi

Sebenarnya tema-tema yang diuji adalah pelbagai merentasi sesuatu jawatan atau kementerian.

Jadi jika personaliti anda menunjukkan anda layak menjadi seorang guru,

Jadi kemungkinan besar anda tak akan layak melepasi tapisan ujian Psikometrik untuk ke Kementerian Kewangan atau ke jawatan-jawatan beruniform seperti Polis, Kastam, Bomba, Penguasa Penjara dan Imigresen.

Baca lagi : 10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Tips Lulus Ujian Psikometrik

Untuk tips bagaimana nak lulus ujian Psikometrik ini di mana-mana kementerian, anda sebagai calon perlu :

 

“Tonjolkan nilai positif dan sembunyikan nilai negatif dalam diri”

 

20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 20 contoh soalan ujian Psikometrik yang sesuai untuk anda ulangkaji terlebih dahulu.

Jom cuba jawab satu-persatu 🙂

 

1. Saya sentiasa bermanis muka dengan sesiapa sahaja termasuk dengan orang yang tidak dikenali

A. Setuju

B. Tidak

 

2. Saya boleh menjadi ketua jika diminta walaupun jauh di sudut hati, saya tak berminat

A. Setuju

B. Tidak

 

3. Bagi saya, jika kerja hari ini tidak siap, tak perlu bawa pulang ke rumah kerana esok masih ada

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

4. Saya ada tabiat melakukan kerja “asal siap”

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

5. Pada usia 30-an, saya gemar menonton anime 

A. Ya

B. Tidak

 

6. Apabila rakan mendapat pengiktirafan atau anugerah, saya gembira dengan pencapaian tersebut walaupun tahu kerja itu saya yang selesaikan

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Setuju

D. Sangat Tidak Setuju 

 

7. Apabila majikan meminta saya melakukan sesuatu tugasan dalam keadaan tergesa-gesa, saya mampu menyelesaikannya dengan baik

A. Ya

B. Tidak

 

8. Apabila ada rakan baru di pejabat, saya orang pertama yang akan menyapanya

A. Ya

B. Tidak

 

9. Apabila saya tiada di pejabat, rakan sekerja mengaku bahawa pejabat akan menjadi sunyi

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

 

10. Untuk menghilangkan tekanan bekerja, saya sering bermain boling atau berkaraoke

A. Ya

B. Tidak

11. Jika tak dapat siapkan kerja di pejabat, saya suka membawa balik kerja ke rumah

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

12. Saya sering menyiapkan kesemua tugasan pejabat saya sebelum jam 3:30 petang hampir setiap hari

A. Ya

B. Tidak

 

13. Saya geli geleman ketika anak kucing datang menggesel badan mereka meminta makanan ketika saya sedang makan di kedai

A. Ya

B. Tidak

 

14. Saya bertimbang rasa ketika rakan sekerja meminta saya untuk selesaikan sesuatu ketika hari dia tak dapat bertugas

A. Ya

B. Tidak

 

15. Saya sangat senang apabila sering memberi tumpang kepada anak jiran ketika menghantar anak-anak ke sekolah

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

16. Saya berfikir 2 kali ketika nak belanja rakan yang sama

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak Pernah

 

17. Saya menepati masa dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

18. Jika tersilap, biar masa melupakannya

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

19. Jika dikritik, saya akan membalas kritikan tersebut dengan kritikan yang lebih tajam

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

20. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri

A. Setuju

B. Tidak Setuju

Baca lagi : 10 Contoh Lain Soalan Ujian Psikometrik SPA

 

Pssstt, sebenarnya kan antara sebab kenapa pihak SPA buat ujian Psikometrik ni adalah untuk singkirkan calon.

Ya anda tak salah baca.

Selain menguji sifat-sifat psikologi calon,

Ujian ini adalah satu kaedah yang berkesan untuk singkirkan calon yang sangat ramai di seluruh negara.

Kerana dalam ujian ini juga ada satu elemen untuk mengesan penipuan calon.

Set soalan telah direka untuk mengesan jika terdapat mana-mana calon yang tidak konsisten atau cuba ‘menipu’ ketika menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik ini.

Jadi, tettt…

 

You’re out !

 

Jika anda fikir anda boleh tipu set-set soalan ni, anda sebenarnya silap.

Dari sini SPA sudah dapat menyingkirkan beribu-ribu calon di seluruh negara tanpa perlu minta mereka (calon) untuk datang ke sesi temuduga. 

Rujukan Ujian Psikometrik

Untuk menjimatkan masa anda untuk mengulangkaji,

Kami di tim IKR berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.

Pakej yang sesuai adalah rujukan Ujian Psikometrik keluaran IKR.

Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) 🙂

 

Boleh muat turun di sini –>> KLIK

 

Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan yang anda impikan ! 

ujian psikometrik spa

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :

  • Tips menjawab soalan
  • 200 contoh soalan Psikometrik versi terkini tahun 2023
  • Huraian-huraian jawapan untuk setiap soalan
  • Cara jawab soalan dengan betul
  • Cara nak kesan perangkap yang disusun untuk memerangkap calon
  • Bagaimana untuk tak terkena perangkap ini
  • Perkara-perkara yang bakal menggagalkan Psikometrik anda

ujian psikometrik spa

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

Similar Posts

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *