tips lulus soalan psikometrik

19 Contoh Soalan Psikometrik SPA Tahun 2024

Anda nak cari contoh soalan Psikometrik SPA kan?

Ok sila baca artikel ini sehingga habis.

Ujian Psikometrik SPA

Kepada yang belum tahu lagi, ujian Psikometrik SPA ini merupakan ujian tapisan pertama yang dijalankan oleh kerajaan untuk menapis berpuluh ribu permohonan kemasukan jawatan kosong di sektor awam.

Dulu ada peperiksaan online yang merangkumi seksyen ;

  • Daya Menyelesaikan Masalah
  • Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Pengetahuan Am

[ Baca lagi : Koleksi Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA ]

Tetapi sejak 2020 lagi, ujian itu sudah ditiadakan di peringkat pertama tapisan.

Kalau ada pun, ia akan dijalankan di peringkat tapisan kedua.

Seperti yang dijalankan untuk jawatan Pegawai Pertanian Gred G41 ambilan sesi 2022.

Jadi, ujian Psikometrik adalah satu-satunya ujian yang akan dijalankan sebagai ujian tapisan pertama di semua peringkat perjawatan termasuklah gred 11, gred 19, gred 29 & gred 41.

Soalan Psikometrik

Format soalan Psikometrik ini tidak tetap.

Ada jawatan yang memerlukan calon untuk menjawab sebanyak 199 soalan.

Ada jawatan yang jumlah soalannya hanya sekitar 166 soalan sahaja.

Dan ada jawatan yang bilangan soalannya hanyalah 99 soalan sahaja.

bilangan soalan ujian Psikometrik
Jawatan Penguasa Bomba Gred KB41 : 166 soalan
bilangan soalan ujian Psikometrik
Jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 : 199 soalan

Nasihat kami mudah.

Tengok sahaja panggilan melalui emel masing-masing.

Di situ, pihak SPA akan maklumkan berapa banyak soalan yang perlu anda jawab.

Begitu juga dengan tempoh menjawab soalan, ia juga akan dimaklumkan melalui emel.

Keputusan Ujian Psikometrik

Bila keluar keputusan ujian Psikometrik SPA ini?

Calon boleh membuat anggaran keputusan akan keluar sekitar 2 minggu dari tarikh ujian diambil.

Namun boleh jadi, ada kalanya keputusan ujian tersebut keluar awal.

Dan pernah juga keputusan tersebut keluar lebih dari 2 minggu.

Apa-apa pun, ia bergantung kepada pihak SPA sendiri.

Makluman berkaitan keputusan ujian boleh diperoleh dari laman web SPA sendiri.

[ Semak di sini : Keputusan Ujian Psikometrik SPA ]

Contoh Ujian Psikometrik

Untuk melihat contoh ujian Psikometrik SPA ini, anda dijemput untuk teruskan pembacaan di bawah.

Kami sediakan 19 contoh soalan ujian Psikometrik SPA untuk anda.

Soalan pertama

1. Setiap orang layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan mereka
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan kedua

2. Kebiasaannya, saya sentiasa tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan ketiga

3. Walapun meja saya berselerak, saya tahu di mana saya meletakkan barang saya
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan keempat

4. Saya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan kelima

5. Saya seorang yang menepati masa
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan keenam

6. Sesekali saya akan melepaskan kemarahan terhadap pekerja bawahan saya
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan ketujuh

7. Saya merasa sangat bersalah sekiranya membuat orang tertunggu-tunggu akibat kelewatan saya
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan kelapan

8. Saya sering mengutarakan idea setiap kali mesyuarat
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan kesembilan

9. Saya suka mendengar sahaja perbincangan rakan-rakan setiap kali bermesyuarat
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan kesepuluh

10. Saya mempunyai sifat sabar
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan kesebelas

11. Saya selalu memikirkan cara untuk lebih kedepan berbanding rakan sekerja saya
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan kedua belas

12. Saya boleh diharapkan oleh rakan sekerja untuk melakukan sesuatu
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan ketiga belas

13. Apabila diberi tugasan, saya akan membiarkan orang lain memilih tugasan-tugasan berat terlebih dahulu
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan keempat belas

14. Saya mewajibkan diri untuk hadir ke setiap mesyuarat walapun saya tahu mesyuarat itu tidak penting
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan kelima belas

15. Saya berusaha untuk berkenalan dengan orang-orang penting di jabatan saya
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan keenam belas

16. Saya berangan-angan melakukan hubungan romantik
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan ketujuh belas

17. Sebenarnya setiap individu pernah menipu
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan kelapan belas

18. Saya mampu memulakan perubahan dalam organisasi untuk mencapai produktiviti yang lebih baik
A. Sangat Menggambarkan Diri Saya
B. Menggambarkan Diri Saya
C. Tidak Pasti
D. Tidak Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya

Soalan kesembilan belas

19. Saya selalu bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir terlebih dahulu
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Ok sekarang anda nampak gambaran bagaimana bentuk soalan yang mungkin ditanya?

Set soalan akan diselerakkan sepanjang ujian untuk menilai konsistensi anda.

Cuba anda tengok soalan ke-5 dan soalan ke-7.

Dua soalan ini penilaiannya adalah sama ; iaitu SPA nak menilai anda dari segi ketepatan masa.

Jadi pastikan anda konsisten memberi jawapan yang positif di sini.

Tips Lulus Soalan Psikometrik

Di sini kami nak kongsikan 3 tips bagaimana calon boleh lulus soalan Psikometrik SPA sesi 2024 ini.

Tipsnya adalah ;

  1. Fahamkan perjawatan terlebih dahulu
  2. Tonjolkan sikap positif selari dengan jawatan
  3. Konsisten sepanjang ujian

Sebagai calon, anda perlu faham bahawa tiap perjawatan berbeza keperluan personaliti yang diperlukan. Gred 41 tak sama dengan gred 29.

Pegawai yang memohon Peningkatan Secara Lantikan (PSL) juga tidak sama dengan calon yang baru nak masuk berkhidmat.

Pernah dengar ada calon kata sebegini?

“Set soalan gred 41 aku jawab tak lepas, tapi soalan gred 29 aku jawab lepas”

 

Pelik kan?

Sebenarnya tak pelik sebab keperluan jabatan adalah berbeza.

Personaliti calon itu menepati kehendak jawatan gred 29 dan dalam masa yang sama, personalitinya tak menepati kehendak jawatan gred 41.

Jadi sebab itu pentingnya anda sebagai calon faham terlebih dahulu jawatan yang anda dipanggil tu.

Untuk lebih memudahkan anda, elok sekiranya anda buat latih tubi yang banyak.

Supaya anda faham konsep penilaian ujian Psikometrik SPA seperti yang ada dalam rujukan ini.

Rujukan ini digarap untuk membantu anda sebagai persediaan menghadapi tapisan pertama kemasukan ke sektor kerajaan.

ujian psikometrik spa

Klik Sini Untuk Dapatkan Latih Tubi Rujukan Psikometrik SPA 2024

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *