Dipanggil ke Ujian Psikometrik / SPiER SPA 2022 Ni?

Tapi Tak Tahu Nak Baca Apa?

ujian psikometrik spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Anda calon ujian Psikometrik / SPiER SPA sesi 2022?

 

Sebelum itu, tahniah kami ucapkan kerana anda selangkah lagi untuk masuk ke sektor perkhidmatan awam.

 

Ujian Psikometrik / SPiER ini adalah antara tapisan terawal yang perlu anda tempuh sebelum anda layak untuk bergelar penjawat awam.

 

Bergantung kepada jabatan dan kementerian yang terbabit, ada antara anda yang akan menuju ke ujian fizikal dan pancaindera pula selepas ini.

 

Dan ada antara anda yang akan menuju ke tapisan terakhir iaitu sesi temuduga sejurus selepas melepasi tapisan ujian Psikometrik ini.

 

Apa-apa pun, buat yang terbaik untuk tapisan pertama ini !

Ayuh masuk ke channel Telegram

Sila Semak Emel Anda Sekarang

Jika anda mendapat panggilan ke ujian Psikometrik (PSEE) / SPiER untuk jawatan-jawatan berikut pada 14 Julai & 15 Julai 2022 ini :

 

[+] Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Semenanjung)

[+] Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sabah)

[+] Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sarawak)

 

dan jawatan lain-lain gred seperti gred 11, gred 19, gred 29 ataupun gred 41 bawah seliaan SPA atau SPA negeri masing-masing

 

Anda berada di tempat yang betul !

Apa Itu Ujian Psikometrik / SPiER?

Kepada yang belum tahu, ujian Psikometrik / SPiER adalah ujian untuk mengenalpasti kecenderungan / minat seseorang individu.

 

Dahulunya, ia dikenali sebagai ujian minat atau sahsiah.

 

Dalam konteks urusan pengambilan SPA, ia adalah satu bentuk tapisan untuk memastikan sama ada ada calon itu layak atau tidak untuk berkhidmat dengan sesebuah jabatan atau kementerian.

 

Dalam ujian ini, calon akan diuji dengan beberapa tema psikologi seperti :

  • Kebolehan bekerja bawah tekanan
  • Kebolehan bekerjasama sesama rakan sepasukan
  • Kebolehan untuk mendengar arahan
  • Kebolehan menyelesaikan masalah

 

Dan beberapa lagi tema psikologi yang berkaitan dengan jabatan / kementerian yang terlibat.

Format Ujian Psikometrik / SPiER?

Secara kebiasaannya, ujian Psikometrik / SPiER terdiri dari 199 soalan objektif beraneka jawapan. Masa yang diperuntukkan adalah selama sejam 30 minit.

 

Namun, ada juga jawatan yang memerlukan anda untuk menjawab 99 soalan objektif sahaja. Masa yang diperuntukkan pula adalah selama 30 minit sahaja.

 

Dan ada juga jawatan yang formatnya melibatkan 180 soalan objektif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 45 minit sahaja.

 

Kenapa ada 3 jenis ujian Psikometrik / SPiER sebegini?

 

Kerana ia bergantung kepada jenis jawatan atau jabatan / kementerian berkaitan.

 

Pilihan jawapan pula biasanya meliputi : 

  • Ya / Tidak
  • Setuju / Tidak Setuju
  • Pasti / Tidak Pasti
  • Sangat Setuju / Setuju / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

 

Nampak senang kan? 😀

Hati-Hati Dengan Perangkap Ujian Psikometrik / SPiER!

Ramai calon apabila ditanya berkaitan ujian Psikometrik ini, mereka akan berkata ;

 

Ujian Psikometrik ini senang je. Soalan objektif je kot…

 

Tetapi yang menjadi persoalan, kenapa masih ramai lagi antara mereka yang gagal ketika keputusan dikeluarkan?

 

Mengikut pengalaman kami di tim IKR, soalan ujian Psikometrik ini memang sengaja disusun untuk memerangkap calon yang menjawab.

 

Set soalan telah disusun secara berselerak dan rawak untuk menguji konsistensi jawapan calon.

 

Jadi jika calon mengambil mudah, nak jawab terlalu pantas,  ataupun tak cukup masa nak jawab 199 soalan itu, biasanya mereka akan terperangkap di sini.

 

Kerana apa?

 

Kerana jawapan yang mereka bagi tidak konsisten sepanjang ujian itu berlangsung. 

Contoh Soalan Ujian Psikometrik / SPiER SPA

Ayuh kita tengok dulu 15 contoh soalan ujian Psikometrik / SPiER SPA di bawah :

1. Membiarkan kenderaan memotong adalah lebih baik berbanding dia memotong dalam keadaan merbahaya

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

2. Saya suka menghadiri kenduri kendara

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju 

 

3. Jika ada kenderaan yang rosak di tepi jalan pada waktu malam, saya akan membantunya tanpa mengira bangsa dan jantina

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

4. Membawa pulang kerja dari pejabat dan menyambungnya di rumah adalah ciri pekerja yang baik

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

5. PLKN wajib untuk pelajar berusia 15 tahun

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

6. Jika melakukan kesilapan, saya buat tak endah terhadap kesilapan tersebut

A. Ya

B. Tidak

C. Kadang-Kadang

 

7. Hobi saya bermain permainan video

A. Ya

B. Tidak

Ayuh masuk ke channel Telegram

8. Saya suka melakukan kerja seorang diri

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

9. Saya gemar bermesyuarat sebelum melakukan apa-apa tugasan

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

10. Apabila pendapat saya bertentangan dengan pendapat majikan, saya lebih suka untuk menyembunyikan sahaja pendapat saya itu

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

11. Saya seorang individu yang sabar dan ramah

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

12. Saya fikir saya sentiasa menyusahkan rakan-rakan sekerja

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju 

 

13. Pada hujung minggu, jika majikan meminta saya melakukan kerja pejabat, saya boleh melakukannya

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

14. Saya seorang yang mesra dengan semua orang

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

15. Program Khidmat Negara sangat menyusahkan ibu bapa

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

Baca lagi : 10 Contoh Lain Soalan Psikometrik SPA

Tips Nak Jawab Ujian Psikometrik / SPiER SPA

Untuk menjawab soalan ujian Psikometrik / SPiER ini dengan baik, calon perlulah :

Tonjolkan Nilai Positif dan Sembunyikan Nilai Negatif Dalam Diri

Berdasarkan pengalaman kami, kami berasa terpanggil untuk membantu anda semua, calon-calon graduan di Malaysia.

 

Membantu dari segi apa tu?

 

Sejak 2008, kami dah membantu hampir 80,000 calon-calon untuk masuk ke perkhidmatan sektor awam melalui panduan peperiksaan yang kami sediakan.

 

Jadi tahun ini, kami nak bantu anda pula. Kami nak anda semua lulus 🙂

 

Percaya dengan pengalaman kami. Kami tahu di mana selok belok jerat/perangkap yang disediakan oleh SPA.

 

Tujuan mereka pasang jerat / perangkap hanyalah satu. 

 

Iaitu untuk kurangkan bilangan calon daripada melepasi tapisan Psikometrik ini dan mara ke tapisan yang seterusnya pula!

Rujukan Peperiksaan Ujian Psikometrik / SPiER SPA

Sebagai penghargaan kepada anda.

 

Kami berbesar hati nak hadiahkan kepada anda e-buku rujukan peperiksaan Ujian Psikometrik / SPiER versi pratonton karya dari tim IKR.

 

Kami percaya anda layak untuk menerima hadiah e-buku ini kerana anda sanggup luangkan masa datang ke laman web ini dan baca artikel ini sampai habis.

 

Percayalah tak semua calon lain sanggup luangkan masa di sini. Anda dah selangkah melepasi mereka 🙂

 

Sila muat turun sekarang dengan klik butang yang disediakan.

Kami harap anda dapat segera mengulangkaji e-buku yang kami kongsikan di atas.

 

Dan jika anda berminat untuk mendapatkan naskah ini dalam versi penuh yang mengandungi :

 

[+] 200 contoh soalan ujian Psikometrik versi 2022 beserta jawapannya

[+] Huraian-huraian jawapan bagi setiap soalan

[+] Tips menjawab soalan

[+] Cara nak jawab soalan ujian Psikometrik dengan betul

[+] Cara nak mengesan perangkap yang disusun

[+] Bagaimana nak elak perangkap ini

[+] Apa yang menggagalkan Psikometrik anda

 

< Sila Dapatkan Versi Penuh Rujukan Psikometrik / SPiER di Sini (KLIK) >