penerbit rancangan b29
| | |

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29

 

Anda dipanggil ke peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 pada 22 April 2022 ini? 

 

Tapi tak tahu nak baca apa? Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda.

 

Penerbit Rancangan B29

 

Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29 ni? 

 

Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa jawatan ambilan sesi kali ini adalah untuk Jabatan Penyiaran Malaysia.

 

Peperiksaan online kali ini adalah peperiksaan serentak melibatkan calon-calon dari seluruh negara.

 

Sumber : SPA

 

Ujian Psikometrik

 

Seperti yang telah dimaklumkan oleh SPA bahawa format peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 ini hanya membabitkan Ujian Psikometrik sahaja.

 

Kepada calon yang belum tahu :

Psikometrik adalah ujian yang berkaitan dengan kaedah mengukur kecenderungan atau sifat yang menunjukkan sama ada seorang calon sesuai dengan sesuatu jawatan itu atau tidak

 

Selepas lulus ujian kali ini, kemungkinan besar calon-calon akan dipanggil ke sesi seterusnya pula sama ada sesi peperiksaan terlebih dahulu atau terus ke sesi temuduga.

 

Apa-apa pun, buat yang terbaik untuk tapisan pertama ini.

 

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29

 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 12 contoh soalan ujian Psikometrik yang sesuai untuk calon Penerbit Rancangan B29.

 

Jom cuba jawab satu-persatu 🙂

 

 

1. Saya lebih selesa untuk tidak menonjolkan diri di tempat kerja

 

A. Ya

B. Tidak

 

2. Saya suka mengharapkan balasan apabila memberi

 

A. Ya

B. Tidak

 

3. Saya tidak berkira jika ada rakan-rakan meminta pertolongan walaupun kadang kala perangai mereka menyakitkan hati

 

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

4. Setiap kali saya ditimpa musibah atau ujian, saya akan segera koreksi diri

 

A. Setuju

B. Tidak Setuju

 

5. Saya suka meneroka hobi baru di usia 30-an ini

 

A. Ya

B. Tidak

 

6. Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik darinya

 

A. Setuju

B. Tidak setuju

 

7. Saya selalu bersimpati kepada rakan-rakan kerja yang sering dimarahi oleh majikan

 

A. Ya

B. Tidak

C. Kurang pasti

 

8. Jika ada rakan sekerja mengadu apa-apa kepada saya berkaitan hal peribadi, saya tak akan ceritakan hal tersebut kepada orang lain, walaupun orang rumah saya

 

A. Setuju

B. Tidak pasti

C. Kadang-kadang

D. Tidak pernah

 

9. Jika tak dapat menyiapkan sesuatu tugas hari ini, saya tak akan rasa apa-apa kerana saya fikir saya akan sambung tugasan tersebut esok

 

A. Sangat kerap

B. Kerap

C. Tidak pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak pernah

 

10. Saya sangat mementingkan kekemasan dalam melaksanakan tugas daripada menyiapkannya

 

A. Ya

B. Tidak

 

11. Jika dalam sehari, saya mendapat 4 undangan kenduri dan saya tak mampu nak hadiri kesemuanya, saya akan rasa sangat bersalah

 

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

 

12. Saya sangat berpuas hati jika pertolongan kecil saya mampu menggembirakan seseorang

 

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak Pernah

 

Baca lagi : 10 Contoh Soalan Tambahan Psikometrik SPA

 

Rujukan Ujian Psikometrik

 

Oleh sebab peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 ini fokusnya kepada ujian kecenderungan sahaja.

 

Maka kami di tim IKR berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.

 

Pakej yang sesuai adalah rujukan Ujian Psikometrik keluaran IKR.

 

Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂

 

 

Boleh muat turun di sini –>> KLIK

 

 

Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan ini! 

 

Ujian Psikometrik

 

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

 

 

Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :

 

  • Tips menjawab soalan
  • 200 contoh soalan Psikometrik versi terkini tahun 2022
  • Cara jawab soalan dengan betul
  • Cara nak kesan perangkap yang disusun untuk memerangkap calon
  • Bagaimana untuk tak terkena perangkap ini
  • Perkara-perkara yang bakal menggagalkan Psikometrik anda

 

 

Ujian Psikometrik

 

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *