Dipanggil ke Temuduga SPA Sesi Akan Datang (2022) Ni?

Tapi Tak Tahu Nak Baca Apa?

temuduga spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Anda calon temuduga SPA sesi 2022?

 

Jika ya, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana anda terpilih berada dalam tapisan terakhir ini. 

 

Buat yang terbaik kerana bukan semua berpeluang sampai ke tapisan ini. 

 

Perjalanan menuju ke temuduga sangat panjang. Prosesnya kadang-kala mengambil masa sehingga satu tahun lamanya.

 

Ada calon yang bermula dengan ujian Psikometrik / SPiERAda juga yang bermula dengan peperiksaan online.

 

Ada yang kemudiannya terus dipanggil ke temuduga manakala ada yang perlu menduduki ujian kecergasan terlebih dahulu. 

 

Apa pun laluan yang anda lalui, percaya lah bahawa anda semua adalah calon terpilih.

 

Kerana bukan semua mendapat peluang untuk masuk berkhidmat sebagai penjawat awam.

Ayuh masuk ke channel Telegram

Sila Semak Emel Anda Sekarang

Jika anda mendapat panggilan ke sesi temuduga SPA untuk jawatan-jawatan berikut pada bulan JULAI 2022 ini :

 

[+] Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 – Jabatan Pengangkutan Jalan

[+] Pembantu Laut Gred A19 – Jabatan Laut Malaysia

[+] Pengawal Keselamatan Gred KP11 – Pejabatan S/U Kerajaan Negeri Pulau Pinang

[+] Pegawai Antidadah Gred S41 – AADK 

[+] Pegawai Syariah Gred LS41 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

 

dan jawatan lain-lain gred seperti gred 11, gred 19, gred 29 ataupun gred 41 bawah seliaan SPA atau SPA negeri masing-masing

 

Anda berada di tempat yang betul !

 

p/s : Calon juga boleh buat semakan di sini (KLIK)

Ramai Calon Gagal Dalam Temuduga SPA

Berdasarkan pengalaman kami, terdapat banyak faktor atau sebab yang menyebabkan calon gagal dalam temuduga SPA ini. 

 

Kami cuba senaraikan 5 sebab utama terlebih dahulu supaya anda semua dapat bersedia.

 

1. Majoriti Calon Tidak Buat Persediaan Yang Tepat Sebelum Masuk Temuduga

 

Ada antara calon yang tak menyangka mereka akan dapat panggilan temuduga.

 

Akibat kesibukan kerja, mereka tak sempat nak buat persediaan yang tepat untuk menghadapi temuduga tersebut. 

 

Mereka ingatkan temuduga SPA lebih kurang sahaja dengan temuduga swasta.

 

2. Tiada Pengalaman Dan Kurang Pendedahan

 

Ada calon yang pertama kali dipanggil dan semestinya mereka tiada pengalaman langsung bagaimana temuduga SPA bakal berlangsung.

 

Sebagai calon yang bijak, anda perlu buat persediaan rapi dengan mencari contoh-contoh soalan yang kemungkinan bakal ditanya ketika sesi temuduga berlangsung.

 

3. Komunikasi Kurang Lancar

 

Masalah ini biasa terjadi kepada calon yang gementar atau gemuruh ketika sesi temuduga berlangsung. 

 

Mereka tiada idea bagaimana nak menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh panel penemuduga. 

 

Untuk mengurangkan masalah sebegini, anda perlu banyakkan latihan bercakap serta menjawab soalan secara spontan. 

 

4. Penampilan Tidak Kena

 

Pemakaian ketika temuduga di sektor awam berbeza dengan pemakaian ketika temuduga di sektor swasta. 

 

Warna baju, warna seluar, kot serta aksesori diri perlu dititikberatkan ketika temuduga SPA berlangsung. 

 

5. Terlampau Yakin Diri

 

Masalah begini biasanya terjadi kepada pelajar-pelajar cemerlang sama ada di peringkat universiti atau sekolah.

 

Ingat, calon akan dinilai secara keseluruhan. Bukan hanya prestasi akademik dan kokurikulum sahaja. 

 

Jadi usah terlampau yakin meskipun anda merupakan bekas pelajar cemerlang SBP atau MRSM ketika zaman sekolah dahulu.

Contoh Soalan Temuduga SPA / Kerajaan

Tanpa membuang masa, ayuh kita tengok dulu 13 contoh soalan temuduga SPA / kerajaan di bawah :

1. Perkenalkan diri anda serta latar belakang anda secara ringkas

 

2. Apakah kelayakan yang anda miliki? Dan dari institusi mana? 

 

3. Apakah pekerjaan anda sekarang? Dan nyatakan tugasan harian anda

 

4. Apa yang anda faham berkaitan jawatan yang anda pohon ini? Dan terangkan serba sedikit skop tugasannya

 

5. Mengapa anda berminat untuk memohon jawatan ini?

 

6. Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada jabatan jika anda dipilih menjawat jawatan ini?

 

7. Apakah anda sanggup membawa pulang kerja pejabat dan selesaikannya di rumah?

Ayuh masuk ke channel Telegram

8. Adakah anda boleh berjauhan dari keluarga? Terutamanya musim perayaan?

 

9. Kenapa anda nak tinggalkan pekerjaan sekarang? Bukankan gaji pokok di sana agak tinggi? Bukankah ia lebih dekat dengan tempat tinggal?

 

10. Apakah isu-isu terkini yang sedang berlaku dalam negara kita?

 

11. Bagaimana anda nak sesuaikan diri dengan tempat kerja dan persekitaran baru?

 

12. Sekiranya anda sedang bercuti atau kenduri di hujung minggu. Dan tiba-tiba penyelia anda mahukan anda hantar satu laporan kerja yang agak penting. Apa respon yang anda akan beri ketika itu? 

 

13. Adakah anda fikir anda boleh bekerja bawah seliaan bos yang lebih muda dan kurang pengalaman berbanding anda?

 

Baca lagi : 10 Contoh Lain Soalan Psikometrik SPA

PERINGATAN

Ini bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ini hanyalah contoh-contoh soalan yang biasa atau mungkin ditanya ketika temuduga berlangsung

Kami Nak Anda Lulus Temuduga SPA Ini Nanti

Berdasarkan pengalaman kami, kami berasa terpanggil untuk membantu anda semua, calon-calon graduan di Malaysia.

 

Membantu dari segi apa tu?

 

Sejak 2008, kami dah membantu hampir 80,000 calon-calon untuk masuk ke perkhidmatan sektor awam melalui panduan temuduga yang kami sediakan.

 

Jadi tahun ini, kami nak bantu anda pula. Kami nak anda semua lulus 🙂

 

Percaya dengan pengalaman kami. 

 

Kami dah bantu beribu-ribu calon lain sebelum anda lagi. 

 

Tak percaya? 

 

Tengok sorotan-sorotan testimoni apa kata rakan-rakan lain yang kami dah bantu sebelum anda. 

 

Tahun ni giliran anda pula ! 😀

Rujukan Lengkap Temuduga SPA / Kerajaan

Sebagai penghargaan kepada anda.

 

Kami berbesar hati nak hadiahkan kepada anda e-buku rujukan lengkap temuduga SPA / kerajaan versi pratonton karya dari tim IKR.

 

Kami percaya anda layak untuk menerima hadiah e-buku ini kerana anda sanggup luangkan masa datang ke laman web ini dan baca artikel ini sampai habis.

 

Percayalah tak semua calon lain sanggup luangkan masa di sini. Anda dah selangkah melepasi mereka 🙂

 

Sila muat turun sekarang dengan klik butang yang disediakan.

Kami harap anda dapat segera mengulangkaji e-buku yang kami kongsikan di atas.

 

Dan jika anda berminat untuk mendapatkan naskah ini dalam versi penuh yang mengandungi :

 

[+] Pakej utama Rahsia Lulus Temuduga SPA / temuduga kerajaan

[+] Rahsia teknik menjawab soalan temuduga SPA / temuduga kerajaan 

[+] Rahsia kejayaan dan kegagalan calon temuduga

[+] Rahsia penulisan resume temuduga SPA / temuduga kerajaan

[+] Rahsia penampilan temuduga

[+] Rahsia lebih dari 250 soalan temuduga beserta jawapannya

 

< Sila Dapatkan Versi Penuh Rujukan Temuduga SPA di Sini (KLIK) >