Dipanggil ke Temuduga SPA Sesi Akan Datang Ini?

Tapi Tak Tahu Nak Baca Apa?

Ini adalah versi DIGITAL (pdf) dan bukan buku fizikal. Anda akan dapat akses ke laman muat turun selepas pembayaran disahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Anda calon temu duga SPA sesi 2024?

 

Jika ya, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana anda terpilih berada dalam tapisan terakhir ini. 

 

Buat yang terbaik kerana bukan semua berpeluang sampai ke tapisan ini. 

 

Perjalanan menuju ke temu duga sangat panjang. Prosesnya kadang-kala mengambil masa sehingga satu tahun lamanya.

 

Ada calon yang bermula dengan ujian Psikometrik / SPiERAda juga yang bermula dengan peperiksaan online.

 

Ada yang kemudiannya terus dipanggil ke temu duga manakala ada yang perlu menduduki ujian kecergasan terlebih dahulu. 

 

Apa pun laluan yang anda lalui, percaya lah bahawa anda semua adalah calon terpilih.

 

Kerana bukan semua mendapat peluang untuk masuk berkhidmat sebagai penjawat awam.

Ayuh masuk ke channel Telegram

Sila Semak Emel Anda Sekarang

Jika anda mendapat panggilan ke sesi temu duga SPA untuk jawatan-jawatan berikut pada bulan OGOS & SEPTEMBER 2024 ini :

 

[+] Pegawai Sains Gred C41 – Jabatan Kimia Malaysia

[+] Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) – KKM

[+] Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred J41 – Jabatan Perancangan Bandar & Desa

[+] Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 – KKM

[+] Pengawas Hutan Gred G19 – Pejabat S/U Kerajaan Negeri P.Pinang

[+] Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja) – KKM

[+] Pembantu Syariah Gred LS19 – Pejabat S/U Kerajaan Negeri Perlis

[+] Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 – Kementerian Kerja Raya

[+] Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendengaran) – KKM

[+] Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 – JPA

[+] Pembantu Makmal Gred C19 – Jabatan Kimia Malaysia

 

dan jawatan lain-lain gred seperti gred 11, gred 19, gred 29 ataupun gred 41 bawah seliaan SPA atau SPA negeri masing-masing

 

Anda berada di tempat yang betul !

Ramai Calon Gagal Dalam Temu Duga SPA

Berdasarkan pengalaman kami, terdapat banyak faktor atau sebab yang menyebabkan calon gagal dalam temu duga SPA ini. 

 

Kami cuba senaraikan 5 sebab utama terlebih dahulu supaya anda semua dapat bersedia.

Tidak Buat Persediaan

Ada antara calon yang tak menyangka mereka akan dapat panggilan temu duga. Akibat kesibukan kerja, mereka tak sempat nak buat persediaan yang tepat untuk menghadapi temu duga tersebut. Mereka ingatkan temu duga SPA lebih kurang sahaja dengan temu duga swasta

Kurang Pendedahan

Ada calon yang pertama kali dipanggil dan semestinya mereka tiada pengalaman langsung bagaimana temu duga SPA bakal berlangsung. Sebagai calon yang bijak, anda perlu buat persediaan rapi dengan mencari contoh-contoh soalan yang kemungkinan bakal ditanya ketika sesi temu duga berlangsung

Komunikasi Kurang Lancar

Masalah ini biasa terjadi kepada calon yang gementar atau gemuruh ketika sesi temu duga berlangsung. Mereka tiada idea bagaimana nak menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh panel penemuduga. Untuk mengurangkan masalah sebegini, anda perlu banyakkan latihan bercakap serta menjawab soalan secara spontan

Penampilan Tidak Kena

Pemakaian ketika temu duga di sektor awam berbeza dengan pemakaian ketika temu duga di sektor swasta. Warna baju, warna seluar, kot serta aksesori diri perlu dititikberatkan ketika temu duga SPA berlangsung

Terlebih Yakin Diri

Masalah begini biasanya terjadi kepada pelajar-pelajar cemerlang sama ada di peringkat universiti atau sekolah. Ingat, calon akan dinilai secara keseluruhan. Bukan hanya prestasi akademik dan kokurikulum sahaja. Jadi usah terlampau yakin meskipun anda merupakan bekas pelajar cemerlang SBP atau MRSM ketika zaman sekolah dahulu

Contoh Soalan Temu Duga SPA / Kerajaan

Ayuh cuba kita tengok dulu contoh soalan temu duga SPA / kerajaan beserta cadangan jawapan di bawah :

Soalan #1 serta cadangan jawapan – Sila perkenalkan diri awak secara ringkas

Nama saya Nur Farisha bt Abdul. Nombor K/P 911111-02-9001.

 

Sejak dari bangku sekolah menenengah lagi, saya telah berusaha untuk menonjolkan bakat saya dalam bidang pendidikan.

 

Saya sering membantu rakan-rakan dalam memahami subjek-subjek yang diajar oleh guru yang mana ia sukar difahami oleh rakan-rakan.

 

Saya selalu berkongsi ilmu dengan mereka dan saya juga telah berjaya menyambung pelajaran saya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI.

 

Saya percaya dengan kelayakan yang saya ada dan keazaman untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat, saya mampu memikul tanggungjawab ini.

Soalan #2 serta cadangan jawapan – Awak ni baru habis belajar. Awak ada pengalaman kerja ke?

Walaupun saya baru tamat belajar, saya tidak duduk diam tanpa berusaha.

 

Buat masa sekarang, saya bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah swasta yang terletak di Kangar, Perlis.

 

Semasa bertugas, saya didedahkan dengan senario sebenar dunia pendidikan yang berlaku di lapangan.

 

Alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan situasi di tempat kerja.

 

Baik dengan murid, sesama rakan setugas dan juga waris.

Dapat gambaran bagaimana bentuk soalan yang berkemungkinan akan ditanya?

13 Contoh Lain Soalan Temu Duga SPA / Kerajaan

Tengok pula 13 contoh lain soalan temu duga SPA / kerajaan di bawah :

1. Apa yang awak faham berkaitan jawatan yang awak pohon ini? Dan terangkan serba sedikit skop tugasannya

 

2. Mengapa awak berminat untuk memohon jawatan ini?

 

3. Apakah yang awak boleh sumbangkan kepada jabatan jika dipilih menjawat jawatan ini?

 

4. Awak sanggup tak membawa pulang kerja pejabat dan selesaikannya di rumah?

 

5. Kalau awak ada krisis dengan rakan sekerja, bagaimana awak nak selesaikan?

 

6. Bagaimana kalau awak ada krisis dengan orang atasan? Bagaimana cara awak hadapi masalah itu?

 

7. Kalau tiba-tiba awak ada krisis dengan ahli keluarga, awak akan bawa ke pejabat ke?

8. Awak boleh berjauhan dari keluarga? Terutamanya musim perayaan?

 

9. Sebab apa awak nak tinggalkan pekerjaan sekarang? Bukankah ia lebih dekat dengan tempat tinggal?

 

10. Apakah isu-isu terkini yang sedang berlaku dalam negara kita?

 

11. Bagaimana awak nak sesuaikan diri dengan tempat kerja dan persekitaran baru?

 

12. Katalah awak tengah bercuti atau kenduri di hujung minggu. Dan tiba-tiba penyelia nakkkan awak hantar satu laporan kerja yang agak penting. Awak akan buat ke? 

 

13. Awak rasa awak boleh tak bekerja bawah seliaan bos yang lebih muda dan kurang pengalaman berbanding awak?

PERINGATAN

Ini bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ini hanyalah contoh-contoh soalan yang biasa atau mungkin ditanya ketika temu duga berlangsung

Kami Nak Anda Lulus Temu Duga SPA Ini Nanti

Berdasarkan pengalaman kami, kami berasa terpanggil untuk membantu anda semua, calon-calon graduan di Malaysia.

 

Membantu dari segi apa tu?

 

Sejak 2008, kami dah membantu hampir 80,000 calon-calon untuk masuk ke perkhidmatan sektor awam melalui panduan temu duga yang kami sediakan.

 

Jadi tahun ini, kami nak bantu anda pula. Kami nak anda semua lulus 🙂

 

Percaya dengan pengalaman kami. 

 

Kami dah bantu beribu-ribu calon lain sebelum anda lagi. 

 

Tak percaya? 

 

Tengok sorotan-sorotan testimoni apa kata rakan-rakan lain yang kami dah bantu sebelum anda. 

 

Kami doakan moga tahun ni giliran anda pula ! 😀

Mereka Semua Ini Dah Lulus

SEKARANG DAH BEKERJA DI SEKTOR AWAM

PERTAMA KALI TEMU DUGA DAH DAPAT KERJA

15 KALI TEMU DUGA ASYIK GAGAL

SEKARANG SEBAGAI PEMBANTU S/U PEJABAT

DAH DAPAT KERJA SEJAK 2015

SEKARANG DAH 4 TAHUN JADI PEGAWAI KASTAM

Rujukan Lengkap Temu Duga SPA / Kerajaan

Sebagai penghargaan kepada anda.

 

Kami berbesar hati nak hadiahkan kepada anda e-buku rujukan lengkap temu duga SPA / kerajaan versi pratonton karya dari tim IKR.

 

Kami percaya anda layak untuk menerima hadiah e-buku ini kerana anda sanggup luangkan masa datang ke laman web ini dan baca artikel ini sampai habis.

 

Percayalah tak semua calon lain sanggup luangkan masa di sini. Anda dah selangkah melepasi mereka 🙂

 

Sila muat turun sekarang dengan klik butang yang disediakan.

Kami harap anda dapat segera mengulangkaji e-buku yang kami kongsikan di atas.

 

Dan jika anda berminat untuk mendapatkan naskah ini dalam versi penuh yang mengandungi :

 

[+] Pakej utama Rahsia Persiapan Temu Duga SPA / temu duga kerajaan

[+] Rahsia teknik menjawab soalan temu duga SPA / temu duga kerajaan 

[+] Rahsia kejayaan dan kegagalan calon temu duga

[+] Rahsia penulisan resume temu duga SPA / temu duga kerajaan

[+] Rahsia penampilan temu duga

[+] Rahsia lebih dari 300 soalan temu duga beserta jawapannya

 

< Sila Dapatkan Versi Penuh Rujukan Temu Duga SPA di Sini (KLIK) >

Ayuh masuk ke channel Telegram