pegawai tadbir diplomatik m41
| |

16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Anda dipanggil ke peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi yang akan datang? 

Tapi tak tahu nak baca apa?

Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 ini? 

Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa jawatan ini biasanya dibuka hanya sekali dalam setahun.

Dan prestij jawatan ini lebih tinggi berbanding jawatan-jawatan SPA yang lain.

Kerana apa?

Mungkin disebabkan gaji ataupun boleh jadi disebabkan statusnya yang sangat elit tu.

Anda sendiri tahu bahawa taraf jawatan PTD merupakan taraf pegawai paling tinggi di setiap kementerian.

Tentunya ramai yang berlumba-lumba nak dapatkan jawatan ini. 

Jadi kepada anda yang dah dapat panggilan peperiksaan ini, tahniah kami ucapkan !

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Berikut adalah deskripsi tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41.

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tempatan/daerah/tanah dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri), keselamatan, ketahanan negara serta sumber teknologi maklumat

Sumber : SPA

Aliran Proses Lantikan PTD M41

Kepada yang belum maklum akan aliran proses lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 ini, anda boleh rujuk carta aliran di bawah.

1. Peperiksaan Online

Anda di fasa ini sekarang

2. PTD Assesment Centre (PAC)

Fasa untuk menilai fizikal dan mental calon-calon

3. Temuduga PTD

4. Kadet PTD

Lepas lulus temuduga, anda akan mengikuti kursus selama 1 tahun

5. Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Kursus kadet PTD adalah termasuk dengan 7 bulan menyiapkan Diploma Pengurusan Awam ini. Wajib lulus.

Gagal? Bye-bye !

6. Lantikan Jawatan

Akhir sekali, baru lah anda layak bergelar seorang PTD M41 😀

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pada tahun 2021, SPA telah menggunakan format terbaru untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini.

Jadi jika anda ada rujukan dari tahun 2018, maka rujukan itu sudah tidak terpakai lagi.

Sebelum ini, format peperiksaan terdiri dari 2 seksyen sahaja.

Tetapi sejak tahun 2021, SPA telah menambah menjadikan keseluruhannya 3 seksyen termasuk Kefahaman Bahasa Inggeris. 

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Mari kita telusuri contoh-contoh soalan dalam setiap seksyen.

Sedia? 😉

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

1. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?

A. Tunku Abd Rahman

B. Tun Abd Razak

C. Tun Hussein Onn

D. Tun Jaafar Onn

2. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum menjadi ahli bermula pada umur?

A. 18 tahun

B. 21 tahun

C. 25 tahun

D. 30 tahun

3. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI : 

A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

C. Lembaga Tabung Haji

D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Hakim Borneo

B. Ketua Hakim Sarawak

C. Ketua Hakim Negara

D. Hakim-Hakim Besar

5. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah

A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C

B. Setiausaha Bahagian Gred Khas A

C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48 

Baca lagi : Koleksi Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 

1. Daerah Petaling mempunyai bangsa P seramai 0.47 juta orang. Bangsa Q pula seramai 1/4 daripada bilangan bangsa P. Manakala bangsa R pula seramai 3/4 daripada bilangan bangsa Q. Berapakah jumlah bangsa R di daerah tersebut?

A. 72,956 orang

B. 88,125 orang

C. 117,500 orang

D. 150,750 orang

2. Sebuah novel yang dibeli oleh Ahmad mengandungi 5 halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel dibeli Ahmad tersebut?

A. 454 helai

B. 228 helai

C. 452 helai

D. 226 helai

3. Seorang pelajar boleh menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dia jawab dalam masa 1 jam 15 minit?

A. 55 soalan

B. 50 soalan

C. 40 soalan

D. 45 soalan

4. Harga 40 tembikai susu adalah sebanyak RM380. Berapakah harga purata untuk sebiji tembikai susu?

A. RM10.00

B. RM9.00

C. RM9.50

D. RM8.50

5. Dari nombor 21-29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25

B. 35

C. 115

D. 125

6. Berapa kali putaran jarum saat dalam masa 1 jam?

A. 180

B. 150

C. 120

D. 60

Baca lagi : Koleksi Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 

1. A man was killed when his trucked rammed into a ________ car in the middle of a road. 

A. stationary

B. stationery

C. stationnary

D. stationery

2. Which of these sentences has wrong prepositions? 

A. Ahmad got on a plane and managed to arrive on time

B. There is some pie in the pan over the counter top

C. Azizi slept on the couch under the fan last night

D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush

3. He stopped ________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again. 

A. talking

B. to talk

C. talks 

D. talked

4. We were worried about ________ done his homework yet.  

A. that he had not

B. the fact that he had not 

C. him not having

D. he not having

5. I want _______ right away.  

A. that Hanna comes

B. Hanna to come

C. Hanna’s coming

D. Hanna comes

Baca lagi : Koleksi Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,

Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀

Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.

Untuk memudahkan urusan anda,

Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.

Pakej yang sesuai adalah rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 keluaran IKR

Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂

Boleh muat turun di sini –>> KLIK

Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan ini! 

pegawai tadbir diplomatik m41

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :

  • Format terbaru sesi 2021
  • Strategi terbaru bagaimana nak jawab soalan
  • Skop penilaian yang digunakan dalam ujian ini 
  • Percuma risalah PAC bernilai RM40 apabila anda dapatkan rujukan utama PTD

pegawai tadbir diplomatik m41

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

Similar Posts

Leave a Reply