Koleksi Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 2022
Umumnya, soalan Pengetahuan Am untuk peperiksaan online kendalian SPA akan menguji calon dengan soalan-soalan yang skopnya sangat meluas.
Ia merangkumi segala info-info berkaitan hal dalam dan luar negara yang berlaku pada waktu tersebut atau sebelumnya.
Sebagai bakal penjawat awam, anda perlu ambil tahu berkaitan :
- Isu semasa
- Pengetahuan am Malaysia
- Struktur pentadbiran
- Dasar awam
- Hal ehwal negeri
- Sukan
- Keselamatan
- Dan lain-lain
Bagaimana Nak Lulus Seksyen Pengetahuan Am SPA?
Dalam seksyen Pengetahuan Am ini, anda perlu tahu bahawa ada peperiksaan yang soalannya sangat umum.
Dan dalam masa yang sama, ada juga set soalannya sangat terarah dan fokus.
Sebagai contoh peperiksaan online Penguasa Bomba KB41, set soalan Pengetahuan Am yang ditanya hanya berkisar mengenai perjawatan bomba sahaja.
Dan tiada soalan yang bersifat umum seperti sejarah, undang-undang atau isu semasa.
Untuk tips selamat bagaimana nak lulus menjawab soalan Pengetahuan Am SPA, anda perlu :
i) Banyakkan membaca
Ini perkara penting yang perlu anda buat. Nak dapat panggilan peperiksaan bukan senang.
Jadi usah buat perangai sambalewa.
Banyakkan bahan bacaan bersifat ilmiah seperti buku, akhbar, majalah dan tonton berita-berita berkaitan perkembangan semasa.
ii) Semak portal rasmi SPA
Ambil tahu mengenai perjawatan yang anda terlibat.
Buat kajian mengenai perkara-perkara penting berkaitan jabatan, Visi, Misi dan lain-lain.
iii) Cari contoh soalan
Kadang-kadang jika tak tahu nak ulangkaji apa, ambil sedikit masa untuk ulangkaji contoh-contoh soalan Pengetahuan Am ini.
Kadang-kadang, dah ada calon lain yang kongsikan di internet serta blog-blog seperti ini.
Ini sangat membantu agar anda biasa dengan bentuk-bentuk soalan yang biasa ditanya.
10 Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 2022
Ayuh kita lihat terlebih dahulu 10 contoh soalan Pengetahuan Am SPA bersifat umum. Cuba cari sendiri jawapannya 😉
1. Kali terakhir skuad hoki lelaki negara kita layak beraksi di temasya Sukan Olimpik adalah pada tahun?
A. 2000 – Sydney
B. 2002 – Manchester
C. 2004 – Athens
D. 2010 – New Delhi
2. Namakan kesemua Negeri-Negeri Selat
A. Selangor, KL dan Putrajaya
B. KL, Putrajaya dan Labuan
C. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
D. Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
3. Tapak Warisan Dunia bagi kategori Tapak Semula Jadi yang diiktiraf UNESCO ialah :
I. Taman Negara Mulu
II. Taman Negara Pahang
III. Taman Negara Kinabalu
IV. Taman Negara Kelantan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
4. Belanjawan negara Malaysia mempunyai dua komponen utama hasil dan perbelanjaaan negara. Kesemua di bawah adalah merupakan kategori bagi perbelanjaan negara kecuali
A. Perbelanjaan perbekalan
B. Perbelanjaan tanggungan
C. Perbelanjaan pembangunan
D. Perbelanjaan jangka pendek
5. Nyatakan prinsip-prinsip rukun negara
I. Kepercayaan kepada Tuhan
II. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
III. Keluhuran undang-undang
IV. Kesopanan dan kesusilaan
A. I, II, III dan IV
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan IV sahaja
6. Setiap teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diketuai oleh seorang ketua yang akan melaporkan pencapaian kepada YAB Perdana Menteri. Ketua yang dilantik untuk setiap teras ialah
A. Menteri
B. Ahli Parlimen
C. Ketua Pengarah Jabatan
D. Ketua Setiausaha Kementerian
7. Di bawah RMK10, Malaysia disasarkan beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Apakah sumber penting yang perlu diberi perhatian bagi membolehkan sasaran tersebut dicapai?
A. Sumber kewangan
B. Pelaburan swasta
C. Teknologi tinggi
D. Modal insan
8. Kerajaan telah menubuhkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek di bawah Dasar Penswastaan Negara. Unit tersebut dikawal selia oleh
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Kerja Raya
C. Jabatan Perdana Menteri
D. Unit Perancangan Ekonomi, JPM
9. Pihak manakah yang melindungi penyimpan daripada kehilangan sebahagian atau kesemua simpanan deposit mereka di bank-bank Malaysia?
A. Bursa Malaysia
B. Bank Negara Malaysia
C. Kementerian Kewangan Malaysia
D. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
10. Kali terakhir Malaysia menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa adalah pada :
A. 2017 – Sukan SEA Putrajaya
B. 2020 – Sukan Malaysia SUKMA
C. 2017 – Sukan SEA KL
D. 1998 – Sukan Komanwel KL
PERINGATAN
Soalan-soalan di atas hanyalah contoh-contoh soalan sahaja dan bukan mewakili set soalan sebenar !
Jika dilihat kepada corak contoh-contoh soalan di atas, ia merangkumi tema Pengetahuan Am yang pelbagai,
Meliputi soalan berbentuk aspek politik Malaysia, kenegaraan, politik dunia, kewangan, sukan dan tidak ketinggalan juga adalah aspek isu semasa.
Baca lagi : 16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Rujukan Peperiksaan Online Seksyen Pengetahuan Am
Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,
Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀
Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.
Untuk memudahkan urusan anda,
Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.
Pakej yang sesuai adalah rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 keluaran IKR.
Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂
Boleh muat turun di sini –>> KLIK
Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan ini!
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh
Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :
- Format terbaru sesi 2022
- Strategi terbaru bagaimana nak jawab soalan
- Skop penilaian yang digunakan dalam ujian ini
- Percuma risalah PAC bernilai RM40 apabila anda dapatkan rujukan utama PTD
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh