Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19 2024

Jawatan kosong kerajaan bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19 ambilan sesi 2024.

Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19 ini dibuka untuk memenuhi kekosongan sebanyak 1068 tempat bagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai info tambahan, SPA juga memerlukan seramai 1000 calon simpanan yang akan dipanggil bila-bila masa apabila diperlukan.

pembantu tadbir perkeranian operasi

KUMPULAN PELAKSANA

SPM/SPM & SKM

Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19

  • Kekosongan : 1068
  • Simpanan : 1000
  • Taraf Pelantikan : Kontrak

Tarikh tutup permohonan : 20 Jun 2024 (Khamis) jam 11:59 malam.

Sebarang permohonan, sila KLIK pautan ini. 

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19

Untuk memasuki jawatan kosong perkhidmatan awam, SPA sekarang mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Psikometrik terlebih dahulu.

Jadi, ayuh kita lihat contoh soalan Psikometrik di bawah.

1. Setiap orang layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan mereka
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

2. Kebiasaannya, saya sentiasa tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya

3. Walapun meja saya berselerak, saya tahu di mana saya meletakkan barang saya
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

4. Saya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan
A. Setuju
B. Tidak Setuju

5. Saya seorang yang menepati masa
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

6. Sesekali saya akan melepaskan kemarahan terhadap pekerja bawahan saya
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

7. Saya merasa sangat bersalah sekiranya membuat orang tertunggu-tunggu akibat kelewatan saya
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

8. Saya sering mengutarakan idea setiap kali mesyuarat
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

9. Saya suka mendengar sahaja perbincangan rakan-rakan setiap kali bermesyuarat
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

10. Saya mempunyai sifat sabar
A. Setuju
B. Tidak Setuju

Untuk lebih memudahkan anda sebagai calon Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19, elok sekiranya anda buat latih tubi yang banyak.

Latih tubi ini penting supaya anda dapat memahami apa konsep penilaian yang dinilai oleh SPA.

Latih tubi ini ada dalam rujukan Psikometrik di bawah.

Sila dapatkan sekarang.

Semoga berjaya!

ujian psikometrik spa

Klik Sini Untuk Dapatkan Latih Tubi Rujukan Psikometrik SPA 2024

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *