15 Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Sesi 2022
Anda dipanggil ke peperiksaan online Latihan Separa Perubatan pada sesi yang akan datang?
Tapi tak tahu nak ulangkaji apa?
Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda.
Latihan Separa Perubatan
Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online Latihan Separa Perubatan ini?
Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa pengambilan calon (pelajar-pelajar) untuk jawatan ini biasanya dibuka 2 kali dalam setahun iaitu pada Januari dan Julai.
2 jenis latihan Separa Perubatan ditawarkan iaitu bertaraf Diploma dan bertaraf Sijil.
Disebabkan kuota pengambilannya yang terhad dan pengambilannya dibuka setiap tahun.
Maka jelas sekali ramai yang berlumba-lumba nak dapatkan jawatan ini.
Jadi kepada anda yang dah dapat panggilan peperiksaan ini, tahniah kami ucapkan !
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Jika anda belum tahu lagi bahawa terdapat 10 jawatan atau latihan yang ditawarkan oleh SPA untuk diisi oleh anda semua iaitu lepasan SPM ini.
10 kursus atau latihan yang ditawarkan tersebut adalah :
- Latihan Jururawat
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Pen Pegawai Farmasi
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juruterapi Pergigian
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
Manakala 2 lagi kurusus latihan bertaraf Sijil adalah :
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Sumber : SPA
Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Untuk ambilan calon-calon (pelajar-pelajar) Latihan Separa Perubatan ini,
Anda perlu tahu bahawa ia melibatkan 2 tapisan utama iaitu peperiksaan online dan temuduga.
Untuk melayakkan diri ke tapisan ke-2 iaitu proses temuduga, anda sebagai calon wajib lulus peperiksaan online terlebih dahulu!
Kenapa pihak SPA melaksanakan 2 tapisan ini?
Kerana ini adalah amalan biasa yang dipraktiskan
Anda sendiri tahu bahawa bekerja atau berkhidmat dengan kerajaan adalah satu prestij yang agak tinggi.
Jadi pihak SPA perlu ketatkan saringan dan pilih yang terbaik sahaja untuk berkhidmat dalam sektor kesihatan negara.
Format peperiksaan online Latihan Separa Perubatan membabitkan 2 seksyen utama iaitu :
- Seksyen A : Pengetahuan Am (isu kesihatan di Malaysia)
- Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Mari kita telusuri contoh-contoh soalan dalam setiap seksyen.
Sedia? 😉
Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan
1. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?
I. Bersenam dengan program senaman kesihatan yang mendapat nasihat doktor
II. Tambah 2-3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapai 30 minit
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dengan 2-3 minit, disusuli dengan 2-3 minit selama 15 minit
IV. Senaman dimulakan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda makin cergas
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
2. Bila masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
A. Apabila berasa penat
B. Apabila berasa bosan
C. Apabila berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Apabila hari mulai panas
3. Berikut adalah senarai-senarai punca KERACUNAN MAKANAN kecuali :
A. Logam berat seperti tembaga, plumbum dan raksa
B. Bakteria atau racun bakteria atau virus
C. Racun rumpai atau racun serangga
D. Asid askorbik, asid folik atau vitamin C
4. Berikut adalah simptom KERACUNAN MAKANAN kecuali :
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh atau demam
5. Bagaimana makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?
A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir
6. Kriteria berikut perlu dipenuhi oleh bakal penderma darah buat kali pertama :
a) Berat badan melebihi 40 kg
b) Berusia antara 18 hingga 60 tahun
c) Berpuasa selama 8 jam sebelum menderma darah
d) Wanita menyusukan bayi boleh menderma darah
7. Dalam sistem pembiakan lelaki, proses pematangan sperma berlaku di :
a) Epididimis
b) Vas deferens
c) Vesikel seminal
d) Tubul seminiferous
8. Kalenjar yang menghasilkan mukus untuk melembapkan permukaan vagina adalah kalenjar :
a) Pituitari
b) Sebum
c) Mamari
d) Bartolin
9. Agen infeksi bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah :
a) Virus
b) Cacing
c) Fungus
d) Bakteria
10. Cara penyimpanan dalam peti sejuk yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan adalah :
a) Menyimpan sayur dan buah di bahagian tertutup
b) Meletakkan makanan mentah di atas makan yang telah siap dimasak
c) Menyimpan ayam di dalam peti sejuk bahagian pembeku dalam tempoh yang lama
d) Menggunakan bekas tertutup untuk menyimpan cili yang telah dikisar
PERINGATAN
Soalan-soalan di atas hanyalah contoh-contoh soalan sahaja dan bukan mewakili set soalan sebenar !
Jika dilihat kepada corak contoh-contoh soalan di atas, ia merangkumi tema Pengetahuan Am yang pelbagai,
Meliputi pelbagai topik dan bidang perubatan yang luas di Malaysia seperti Patologi, Ortopedik, Pediatrik, Dermatologi, Kardiologi, Nutrisi dan lain-lain lagi.
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Latihan Separa Perubatan
1. A man was killed when his trucked rammed into a ________ car in the middle of a road.
A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery
2. Which of these sentences has wrong prepositions?
A. Ahmad got on a plane and managed to arrive on time
B. There is some pie in the pan over the counter top
C. Azizi slept on the couch under the fan last night
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush
3. He stopped ________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again.
A. talking
B. to talk
C. talks
D. talked
4. We were worried about ________ done his homework yet.
A. that he had not
B. the fact that he had not
C. him not having
D. he not having
5. I want _______ right away.
A. that Hanna comes
B. Hanna to come
C. Hanna’s coming
D. Hanna comes
Baca lagi : Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
PESANAN
Untuk persediaan yang rapi, anda perlukan rujukan peperiksaan yang bersifat holistik!
Rujukan peperiksaan ini bersifat menyeluruh dan sesuai dalam latih tubi persediaan membabitkan seksyen-seksyen yang bakal diajukan nanti.
Rujukan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,
Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀
Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.
Untuk memudahkan urusan anda,
Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.
Pakej yang sesuai adalah rujukan Latihan Separa Perubatan keluaran IKR
Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂
Boleh muat turun di sini –>> KLIK
Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan ini!
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh
Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :
- 49 nota ringkas peperiksaan
- 162 contoh soalan serta jawapan Seksyen A : Pengetahuan Am
- 30 contoh soalan serta jawapan Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
- Tips dan panduan menjawab soalan peperiksaan
- Format terkini 2022
- Pengetahuan am kesihatan di Malaysia
- 160 muka surat
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh