pembantu awam h11
| |

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Awam H11

 

Anda dipanggil ke peperiksaan online Pembantu Awam H11 yang akan datang?

 

Tahniah diucapkan kepada anda kerana terpilih sebagai calon untuk masuk ke peperiksaan ini.  

 

Tapi anda masih tak tahu nak ulangkaji apa?

 

Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda sebaik mungkin.

 

 

Pembantu Awam H11

 

Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online Pembantu Awam H11 ini? 

 

Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa jawatan ambilan sesi 2022 kali ini adalah untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM)

 

Tarikh peperiksaan belum lagi diumumkan oleh SPA tapi kami jangkakan persaingan untuk masuk ke jawatan ini juga sangat sengit.

 

Kekosongan yang ditawarkan adalah sebanyak 36 tempat dan calon menunggu / simpanan diperlukan seramai 1000 calon.

 

Dikhabarkan bahawa keistimewaan jawatan ini adalah, calon simpanan akan sentiasa dapat diserap sebelum tempoh setahun tersebut tamat.

 

Jadi, pakat-pakat gembira lah kalau anda terpilih sebagai calon simpanan sekalipun. 😉

 

Calon-calon terlibat untuk sesi kali ini hanyalah calon Semenanjung sahaja.

 

Sumber : SPA

 

Format Peperiksaan Online Pembantu Awam H11

 

Kepada calon yang belum tahu lagi, format peperiksaan online Pembantu Awam H11 sesi terdahulu terdiri daripada 1 bahagian sahaja iaitu : 

 

 

  • Bahagian A : Daya Menyelesaikan Masalah

 

 

Kami jangkakan format untuk tahun ini juga masih sama iaitu Daya Menyelesaikan Masalah.

 

Selepas lulus peperiksaan online ini, barulah anda (calon) akan menduduki pula tapisan seterusnya iaitu sesi temuduga.

 

Baca lagi : 16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik

 

 

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Awam H11

 

Dalam seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini,

 

Calon hendaklah fokus kepada beberapa elemen yang sering ditanya merangkumi :

 

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik

 

Macamana tu? Senang cerita,

 

Apa sahaja sukatan subjek Matematik yang anda ambil masa PMR tu, ulangkaji semula.

 

Ok sekarang ayuh kita tengok contoh-contoh soalan yang berkaitan.

 

1. Daerah Petaling mempunyai bangsa P seramai 0.47 juta orang. Bangsa Q pula seramai 1/4 daripada bilangan bangsa P. Manakala bangsa R pula seramai 3/4 daripada bilangan bangsa Q. Berapakah jumlah bangsa R di daerah tersebut?

 

A. 72,956 orang

B. 88,125 orang

C. 117,500 orang

D. 150,750 orang

 

2. Sebuah novel yang dibeli oleh Ahmad mengandungi 5 halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel dibeli Ahmad tersebut?

 

A. 454 helai

B. 228 helai

C. 452 helai

D. 226 helai

 

3. Seorang pelajar boleh menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dia jawab dalam masa 1 jam 15 minit?

 

A. 55 soalan

B. 50 soalan

C. 40 soalan

D. 45 soalan

 

4. Harga 40 tembikai susu adalah sebanyak RM380. Berapakah harga purata untuk sebiji tembikai susu?

 

A. RM10.00

B. RM9.00

C. RM9.50

D. RM8.50

 

5. Izzati mempunyai 7 biji bola berbentuk sfera yang sama saiz. Jika luas permukaan bagi kesemua bola tersebut ialah 4312 cm persegi, hitung jejari bagi sebiji bola?

 

A. 4 cm

B. 5 cm

C. 6 cm

D. 7 cm

 

6. Berapa kali putaran jarum saat dalam masa 1 jam?

 

A. 180

B. 150

C. 120

D. 60

 

7. Ana dan Ani memandu ke bandar A yang berjarak 165 km. Mereka masing-masing mengambil masa selama 2 jam 45 minit dan 2 jam 30 minit untuk sampai ke bandar A. Hitung beza purata kelajuan mereka?

 

A. 4 km/j

B. 6 km/j

C. 8 km/j

D. 10 km/j

 

8. Diberi set data 3, 5, 7, 7, 8, 9, 10. Hitung sisihan piawai bagi set data tersebut

 

A. 2.02

B. 2.10

C. 2.12

D. 2.20

 

9. Isipadu sebuah piramid adalah 44,500 cm padu, dengan ketinggiannnya “p” cm. Jika luas tapaknya adalah 2025 cm persegi, hitung nilai “p”?

 

A. 35 cm

B. 50 cm

C. 66 cm

D. 88 cm

 

10. Sejumlah 4280 buah limau dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu 3/20, 9/20, 1/4, 1/10 dan 1/20. Berapakah bilangan buah limau pada bilangan paling kecil?

 

A. 214

B. 428

C. 1926

D. 1070

 

PERINGATAN

 

Calon digalakkan menggunakan kalkulator saintifik FX350 / FX570 semasa proses pengiraan jawapan ketika menduduki ujian. Ia lebih memudahkan serta menjimatkan masa !

 

Untuk persediaan yang rapi, anda perlukan rujukan peperiksaan yang bersifat holistik!

 

Rujukan peperiksaan ini bersifat menyeluruh dan sesuai dalam latih tubi persediaan membabitkan seksyen-seksyen yang bakal diajukan nanti.

 

 

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Awam H11

 

Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,

 

Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀

 

Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.

 

Untuk memudahkan urusan anda,

 

Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.

 

Pakej yang sesuai adalah pakej rujukan Ekstra Seksyen keluaran IKR.

 

Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂

 

 

Boleh muat turun di sini –>> KLIK

 

 

Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan yang anda impikan ini ! 

 

pembantu awam h11

 

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

 

 

Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :

 

  • Komponen UTAMA latih tubi
  • 90 soalan tambahan khas Seksyen A
  • 3 set latih tubi tambahan Daya Menyelesaikan Masalah
  • 3 set latih tubi tambahan Kefahaman Bahasa Inggeris

 

 

pembantu awam h11

 

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

 

 

Similar Posts

Leave a Reply