Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruteknik Komputer FT19
Anda dipanggil ke peperiksaan online Juruteknik Komputer FT19 yang akan datang?
Tahniah diucapkan kepada anda kerana terpilih sebagai calon untuk masuk ke peperiksaan ini.
Tapi anda masih tak tahu nak ulangkaji apa?
Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda sebaik mungkin.
Juruteknik Komputer FT19
Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online Juruteknik Komputer FT19 ini?
Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa jawatan ambilan sesi 2022 kali ini adalah untuk Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Tarikh peperiksaan belum lagi diumumkan oleh SPA tapi kami jangkakan persaingan untuk masuk ke jawatan ini juga sangat sengit.
Kekosongan yang ditawarkan adalah sebanyak 322 tempat dan calon menunggu / simpanan diperlukan seramai 65 calon.
Difahamkan kekosongan untuk jawatan ini adalah paling tinggi jika nak dibandingkan dengan jawatan-jawatan lain,
Jadi calon yang dipanggil untuk tapisan pertama (peperiksaan online) ini juga berkemungkinan sangatlah ramai.
Calon-calon terlibat untuk sesi kali ini adalah dari seluruh negara meliputi :
- Semenanjung
- Sabah
- Sarawak
Sumber : SPA
Format Peperiksaan Online Juruteknik Komputer FT19
Kepada calon yang belum tahu lagi, format peperiksaan online Juruteknik Komputer FT19 sesi terdahulu terdiri daripada 2 bahagian sahaja iaitu :
- Bahagian A : Pengetahuan Am
- Bahagian B : Daya Menyelesaikan Masalah
Kami jangkakan format untuk tahun ini juga akan kekal sama.
Selepas lulus peperiksaan online ini, barulah anda (calon) akan menduduki pula tapisan seterusnya iaitu sesi temuduga.
Baca lagi : 16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik
Contoh Soalan Pengetahuan Am Juruteknik Komputer FT19
Dalam seksyen Pengetahuan Am ini, anda sebagai calon perlu banyak membaca kerana skop soalannya sangat meluas meliputi :
- Politik Malaysia
- Sejarah
- Isu semasa
- Luar negara
- Dan hal-hal berkaitan
Ayuh cuba jawab contoh soalan Pengetahuan Am di bawah.
1. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?
A. Tunku Abd Rahman
B. Tun Abd Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Jaafar Onn
2. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum menjadi ahli bermula pada umur?
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun
3. Berikut adalah agensi yang terdapat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kecuali :
A. Food Aid Organization (FAO)
B. International Labor Organization (ILO)
C. North Atlantic Treaty Organization (NATO)
D. International Civil Aviation Organization (ICAO)
4. Kapal angkasa yang membawa angkasawan, selepas meninggalkan ISS, di manakah ia mendarat?
A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan
5. Negara yang tidak membuat tuntutan kepada Kepulauan Spratly adalah :
A. China
B. Vietnam
C. Kemboja
D. Brunei
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruteknik Komputer FT19
Dalam seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini pula,
Calon hendaklah fokus kepada beberapa elemen yang sering ditanya merangkumi :
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik
Macamana tu? Senang cerita,
Apa sahaja sukatan subjek Matematik yang anda ambil masa PMR / SPM tu, ulangkaji semula.
Ok sekarang ayuh kita tengok contoh-contoh soalan yang berkaitan.
1. Sudut pedalaman bagi permukaan sebuah bentuk dataran ialah 96°, 2p°, 110°, 88° dan p°. Berapakah nilai p°
A. 33
B. 82
C. 142
D. 202
2. Ketika Karnival Jom Heboh, pengunjung pada hari ke-2 meningkat 50% berbanding hari pertama, manakala pengunjung pada hari ke-3 adalah seramai 1605 orang iaitu 2/3 lebih berbanding hari ke-2. Berapakah jumlah kesemua pengunjung?
A. 2407
B. 2806
C. 3210
D. 3417
3. Seorang pelajar boleh menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dia jawab dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55 soalan
B. 50 soalan
C. 40 soalan
D. 45 soalan
4. Harga 40 tembikai susu adalah sebanyak RM380. Berapakah harga purata untuk sebiji tembikai susu?
A. RM10.00
B. RM9.00
C. RM9.50
D. RM8.50
5. Ani dan Suhaira bertolak dari bandar M ke N masing-masing dengan kelajuan 72 km/j dan 85 km/j. Ani bertolak pada jam 8 pagi. Suhaira terserempak dengan Ani dalam perjalanannya pada jam 10:50 pagi. Pada jam berapakah Suhaira bertolak?
A. 8:18 pagi
B. 8:26 pagi
C. 9:12 pagi
D. 9:25 pagi
PERINGATAN
Calon digalakkan menggunakan kalkulator saintifik FX350 / FX570 semasa proses pengiraan jawapan ketika menduduki ujian. Ia lebih memudahkan serta menjimatkan masa !
Untuk persediaan yang rapi, anda perlukan rujukan peperiksaan yang bersifat holistik!
Rujukan peperiksaan ini bersifat menyeluruh dan sesuai dalam latih tubi persediaan membabitkan seksyen-seksyen yang bakal diajukan nanti.
Rujukan Peperiksaan Online Juruteknik Komputer FT19
Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,
Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀
Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.
Untuk memudahkan urusan anda,
Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.
Pakej yang sesuai adalah pakej rujukan Ekstra Seksyen keluaran IKR.
Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂
Boleh muat turun di sini –>> KLIK
Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan yang anda impikan ini !
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh
Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :
- Komponen UTAMA latih tubi
- 90 soalan tambahan khas Seksyen A
- 3 set latih tubi tambahan Daya Menyelesaikan Masalah
- 3 set latih tubi tambahan Kefahaman Bahasa Inggeris
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh