pegawai tadbir diplomatik
| |

Koleksi Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Secara umumnya, seksyen Pengetahuan Am peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan menguji calon dengan soalan-soalan yang skopnya sangat meluas. 

Ia merangkumi segala info-info berkaitan hal dalam dan luar negara yang berlaku pada waktu tersebut atau sebelumnya.

Sebagai calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41, anda perlu :

Mengetahui berkaitan pemerintahan di Malaysia, pengurusan sumber manusia, infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, teknologi maklumat serta telekomunikasi, keselamatan dan pertahanan serta perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan

 

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Format soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada tahun 2021 terdiri daripada seksyen-seksyen berikut : 

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Kami jangkakan format pada tahun 2024 lebih kurang sama sahaja. 

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

1. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan penswastaan tidak memberikan kesan yang buruk kepada pihak yang terlibat adalah dengan

I. memastikan pihak swasta membayar cukai yang tinggi

II. mengenakan bayaran tinggi pengambilalihan oleh pihak swasta

III. mengenakan kawalan terhadap bayaran perkhidmatan yang diberikan

IV. mengenakan syarat tiada pembuangan kerja untuk suatu tempoh terhadap entiti yang diswastakan

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I, III dan IV

2. Objektif persidangan dwi tahunan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) 2014 adalah seperti berikut kecuali :

A. Mengupas isu-isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran awam dalam kalangan negara anggota

B. Platform untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan dalam bidang pentadbiran awam dan pengurusan

C. Wacana perkongsian pengalaman dalam kalangan para peserta dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan negara

D. Platform untuk berkongsi dan bertukar pandangan mengenai inisiatif dan program transformasi perkhidmatan awam dalam merealisasikan program transformasi negara

3. Tapak Warisan Dunia bagi kategori Tapak Semula Jadi yang diiktiraf UNESCO ialah : 

I. Taman Negara Mulu 

II. Taman Negara Pahang

III. Taman Negara Kinabalu

IV. Taman Negara Kelantan

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

4. Belanjawan negara Malaysia mempunyai dua komponen utama hasil dan perbelanjaaan negara. Kesemua di bawah adalah merupakan kategori bagi perbelanjaan negara kecuali

A. Perbelanjaan perbekalan

B. Perbelanjaan tanggungan

C. Perbelanjaan pembangunan

D. Perbelanjaan jangka pendek

5. Pernyataan yang tidak benar mengenai Dewan Negara ialah : 

A. Setiap ahli mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara

B. Setiap ahli mewakili kawasan Parlimen yang dimenangi semasa pilihan raya

C. Tugas Dewan Negara ialah membahas dan meluluskan Rang Undang-Undang

D. Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah secara automatik dengan pembubaran Parlimen

6. Setiap teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diketuai oleh seorang ketua yang akan melaporkan pencapaian kepada YAB Perdana Menteri. Ketua yang dilantik untuk setiap teras ialah

A. Menteri

B. Ahli Parlimen

C. Ketua Pengarah Jabatan

D. Ketua Setiausaha Kementerian

7. Di bawah RMK10, Malaysia disasarkan beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Apakah sumber penting yang perlu diberi perhatian bagi membolehkan sasaran tersebut dicapai? 

A. Sumber kewangan

B. Pelaburan swasta

C. Teknologi tinggi

D. Modal insan

8. Kerajaan telah menubuhkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek di bawah Dasar Penswastaan Negara. Unit tersebut dikawal selia oleh

A. Kementerian Kewangan

B. Kementerian Kerja Raya

C. Jabatan Perdana Menteri

D. Unit Perancangan Ekonomi, JPM

9. Pihak manakah yang melindungi penyimpan daripada kehilangan sebahagian atau kesemua simpanan deposit mereka di bank-bank Malaysia? 

A. Bursa Malaysia

B. Bank Negara Malaysia

C. Kementerian Kewangan Malaysia

D. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

10. Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah bertanggungjawab dalam aktiviti berikut kecuali :

A. Mengutip cukai pintu

B. Mendaftarkan hak milik strata

C. Memproses permohonan menggadai tanah

D. Memproses permohonan memecah sempadan

 

PERINGATAN

Soalan-soalan di atas hanyalah contoh-contoh soalan sahaja dan bukan mewakili set soalan sebenar !

 

Jika dilihat kepada corak contoh-contoh soalan di atas, ia merangkumi tema Pengetahuan Am yang pelbagai.

Meliputi soalan berbentuk aspek politik Malaysia, kenegaraan, politik dunia, kewangan dan tidak ketinggalan juga adalah aspek isu semasa.

Baca lagi : 16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji.

Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀

Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.

Untuk memudahkan urusan anda.

Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.

Pakej yang sesuai adalah rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 keluaran IKR.

Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂

Boleh muat turun di sini –>> KLIK

 

Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan ini! 

pegawai tadbir diplomatik m41

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :

  • Format terbaru sesi 2022
  • Strategi terbaru bagaimana nak jawab soalan
  • Skop penilaian yang digunakan dalam ujian ini 
  • Percuma risalah PAC bernilai RM40 apabila anda dapatkan rujukan utama PTD

pegawai tadbir diplomatik m41

Klik Untuk Tempahan Versi Penuh

Similar Posts

Leave a Reply