Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Antidadah S19
Anda dipanggil ke peperiksaan online Pembantu Antidadah S19 yang akan datang?
Tahniah diucapkan kepada anda kerana terpilih sebagai calon untuk masuk ke peperiksaan ini.
Tapi anda masih tak tahu nak ulangkaji apa?
Ok jangan risau kerana tim IKR insyaAllah seperti biasa akan bantu anda sebaik mungkin.
Pembantu Antidadah S19
Bagaimana kami boleh bantu anda dalam menghadapi peperiksaan online Pembantu Antidadah S19 ini?
Ok yang pertamanya anda perlu tahu bahawa jawatan ambilan sesi 2022 kali ini adalah untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Tarikh peperiksaan telah diumumkan oleh pihak SPA iaitu pada :
- 20 Januari 2022 dan
- 25 Januari 2022
Menarik untuk disaksikan kenapa pihak SPA mengadakan 2 sesi berlainan tarikh untuk peperiksaan jawatan Pembantu Antidadah S19 ini.
Oh yaa, waktu peperiksaan adalah pada jam 2.00 petang – 3.00 petang iaitu selama sejam sahaja.
Kami jangkakan seperti biasa bahawa persaingan adalah sengit.
Calon-calon terlibat adalah dari seluruh negara termasuklah :
- Semenanjung
- Sabah
- Sarawak
Sumber : SPA
Format Peperiksaan Online Pembantu Antidadah S19
Kepada calon yang belum tahu lagi, format peperiksaan online Pembantu Antidadah S19 sesi kali ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu :
- Bahagian A : Daya Menyelesaikan Masalah
- Bahagian B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Selepas lulus peperiksaan online ini, barulah anda (calon) akan menduduki pula tapisan kedua iaitu sesi temuduga.
Baca lagi : 16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Antidadah S19
Dalam seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini,
Calon hendaklah fokus kepada beberapa elemen yang sering ditanya merangkumi :
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik
Macamana tu? Senang cerita,
Apa sahaja sukatan subjek Matematik yang anda ambil masa SPM tu, ulangkaji semula.
Ok sekarang ayuh kita tengok contoh-contoh soalan yang berkaitan.
1. Daerah Petaling mempunyai bangsa P seramai 0.47 juta orang. Bangsa Q pula seramai 1/4 daripada bilangan bangsa P. Manakala bangsa R pula seramai 3/4 daripada bilangan bangsa Q. Berapakah jumlah bangsa R di daerah tersebut?
A. 72,956 orang
B. 88,125 orang
C. 117,500 orang
D. 150,750 orang
2. Sebuah novel yang dibeli oleh Ahmad mengandungi 5 halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel dibeli Ahmad tersebut?
A. 454 helai
B. 228 helai
C. 452 helai
D. 226 helai
3. Seorang pelajar boleh menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dia jawab dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55 soalan
B. 50 soalan
C. 40 soalan
D. 45 soalan
4. Harga 40 tembikai susu adalah sebanyak RM380. Berapakah harga purata untuk sebiji tembikai susu?
A. RM10.00
B. RM9.00
C. RM9.50
D. RM8.50
5. Izzati mempunyai 7 biji bola berbentuk sfera yang sama saiz. Jika luas permukaan bagi kesemua bola tersebut ialah 4312 cm persegi, hitung jejari bagi sebiji bola?
A. 4 cm
B. 5 cm
C. 6 cm
D. 7 cm
6. Berapa kali putaran jarum saat dalam masa 1 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
7. Ana dan Ani memandu ke bandar A yang berjarak 165 km. Mereka masing-masing mengambil masa selama 2 jam 45 minit dan 2 jam 30 minit untuk sampai ke bandar A. Hitung beza purata kelajuan mereka?
A. 4 km/j
B. 6 km/j
C. 8 km/j
D. 10 km/j
8. Diberi set data 3, 5, 7, 7, 8, 9, 10. Hitung sisihan piawai bagi set data tersebut
A. 2.02
B. 2.10
C. 2.12
D. 2.20
9. Isipadu sebuah piramid adalah 44,500 cm padu, dengan ketinggiannnya “p” cm. Jika luas tapaknya adalah 2025 cm persegi, hitung nilai “p”?
A. 35 cm
B. 50 cm
C. 66 cm
D. 88 cm
10. Sejumlah 4280 buah limau dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu 3/20, 9/20, 1/4, 1/10 dan 1/20. Berapakah bilangan buah limau pada bilangan paling kecil?
A. 214
B. 428
C. 1926
D. 1070
PERINGATAN
Calon digalakkan menggunakan kalkulator saintifik FX570 semasa proses pengiraan jawapan ketika menduduki ujian. Ia lebih memudahkan serta menjimatkan masa !
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Antidadah S19
Untuk seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris ini, calon perlu tumpukan lebih perhatian berkaitan :
- Verb
- Adverb
- Noun
- Pronoun
- Adjective
- Tenses
- Preposition
- Conjunction
- Dan lain-lain
Ayuh sekarang kita tengok contoh-contoh soalan yang berkaitan.
1. A man was killed when his trucked rammed into a ________ car in the middle of a road.
A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery
2. Which of these sentences has wrong prepositions?
A. Ahmad got on a plane and managed to arrive on time
B. There is some pie in the pan over the counter top
C. Azizi slept on the couch under the fan last night
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush
3. He stopped ________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again.
A. talking
B. to talk
C. talks
D. talked
4. We were worried about ________ done his homework yet.
A. that he had not
B. the fact that he had not
C. him not having
D. he not having
5. I want _______ right away.
A. that Hanna comes
B. Hanna to come
C. Hanna’s coming
D. Hanna comes
PESANAN
Untuk persediaan yang rapi, anda perlukan rujukan peperiksaan yang bersifat holistik!
Rujukan peperiksaan ini bersifat menyeluruh dan sesuai dalam latih tubi persediaan membabitkan seksyen-seksyen yang bakal diajukan nanti.
Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Antidadah S19
Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,
Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀
Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.
Untuk memudahkan urusan anda,
Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.
Pakej yang sesuai adalah pakej rujukan Pembantu Antidadah keluaran IKR.
Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂
Boleh muat turun di sini –>> KLIK
Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan yang anda impikan ini !
p/s : Jualan bakal BERAKHIR hari Selasa 18 Jan 2022 (11:59 malam). Kurang lebih 24 jam lagi !
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh
Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :
- Rujukan utama Pembantu Antidadah 2022
- 3 set INTENSIF latih tubi Daya Menyelesaikan Masalah
- 3 set INTENSIF latih tubi Kefahaman Bahasa Inggeris
- BONUS Penampilan Temuduga
- BONUS Rahsia Resume Kerja
- BONUS Template Resume Kerja Kerajaan
- BONUS Haluan Kerjaya
- BONUS 13 strategi kerjaya
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh