Koleksi Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41
Secara kebiasaannya, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan menguji calon dengan soalan-soalan berkonsepkan :
- Kemahiran logik
- Kemahiran menginterpretasi data
- Konsep matematik bertaraf SPM
Sedikit recapped, sebagai calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 anda perlu :
Mengetahui berkaitan pemerintahan di Malaysia, pengurusan sumber manusia, infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, teknologi maklumat serta telekomunikasi, keselamatan dan pertahanan serta perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan
Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Kepada calon yang belum tahu, format soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada tahun 2021 terdiri daripada seksyen-seksyen berikut :
- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris
Kami jangkakan format pada tahun 2024 lebih kurang sama sahaja.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41
Untuk memudahkan kefahaman, apa kata anda cuba lihat soalan-soalan di bawah terlebih dahulu dan cuba jawab soalan tersebut sebaik mungkin.
1. Jika H=S, M=N, S=H, X=C maka APVZ=?
A. WQID
B. TOID
C. XFLB
D. ZKEA
2. 132 unit kediaman di blok G dijual dengan harga RM273K seunit. Manakala, 108 unit kediaman di blok I dijual dengan harga 16% lebih tinggi daripada harga kediaman di blok G bagi setiap unit. Berapakah jumlah harga keseluruhan unit kediaman tersebut?
A. RM70,272,040
B. RM70,237,240
C. RM70,237,440
D. RM70,237,640
3. Ukur keliling sebuah taman permainan berbentuk segitiga bersudut tegak adalah 240m dan panjang sisinya adalah dalam nisbah 3:4:5. Berapa luas taman tersebut dalam unit meter persegi?
A. 2400
B. 3200
C. 4000
D. 4800
4. Segulung dawai yang panjangnya 544 cm dipotong kepada 4 bahagian yang sama panjang untuk membentuk 4 unit segiempat sama yang sama saiz. Berapakah panjang bagi setiap satu segiempat tersebut?
A. 32
B. 34
C. 136
D. 138
5. Dalam selonggok buah mangga, didapati 6 daripada 130 buah tersebut rosak. Berapakah bilangan buah yang dijangka rosak untuk longgokan 6850 biji buah mangga?
A. 110
B. 112
C. 114
D. 118
6. Bakul biru lebih ringan dari bakul kuning, bakul hijau lebih ringan dari bakul merah, dan bakul biru lebih berat dari bakul merah. Susun bakul tersebut bermula dari yang paling berat
A. Hijau, merah, biru, kuning
B. Kuning, merah, biru, hijau
C. Hijau, biru, merah, kuning
D. Kuning, biru, merah, hijau
7. P, Q, R mewakili kepingan helaian wang kertas RM5, RM10, RM50. Apakah P, Q dan R supaya jumlah wang kertas tersebut bernilai RM855
A. 57, 26 dan 6
B. 49, 25 dan 7
C. 37, 27 dan 8
D. 35, 24 dan 9
8. Ana dan Ani memandu ke bandar A yang berjarak 165 km. Mereka masing-masing mengambil masa selama 2 jam 45 minit dan 2 jam 30 minit untuk sampai ke bandar A. Hitung beza purata kelajuan mereka?
A. 4 km/j
B. 6 km/j
C. 8 km/j
D. 10 km/j
9. Diberi set data 3, 5, 7, 7, 8, 9, 10. Hitung sisihan piawai bagi set data tersebut
A. 2.02
B. 2.10
C. 2.12
D. 2.20
10. Isipadu sebuah piramid adalah 44,500 cm padu, dengan ketinggiannnya “p” cm. Jika luas tapaknya adalah 2025 cm persegi, hitung nilai “p”?
A. 35 cm
B. 50 cm
C. 66 cm
D. 88 cm
PERINGATAN
Soalan-soalan di atas hanyalah contoh-contoh soalan sahaja dan bukan mewakili set soalan sebenar !
Baca lagi : 16 Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa untuk mengulangkaji,
Tanpa perlu susah payah cari soalan-soalan tahun-tahun lepas, izinkan kami bantu anda 😀
Kami di tim IKR sudah berpengalaman sejak 2008 membantu ribuan calon menghadapi peperiksaan sebegini.
Untuk memudahkan urusan anda,
Kami berbesar hati mencadangkan kepada anda pakej rujukan yang sesuai untuk anda sebagai calon peperiksaan ini.
Pakej yang sesuai adalah rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 keluaran IKR.
Berita baiknya, kami nak hadiahkan kepada anda versi pratonton (preview version) secara PERCUMA sahaja 🙂
Boleh muat turun di sini –>> KLIK
Dan yang terakhir, kami doakan semoga anda lulus dan berjaya masuk ke jawatan ini!
Klik Untuk Tempahan Versi Penuh
Istimewanya rujukan versi penuh ini adalah, kami di tim IKR akan bongkarkan :
- Format terbaru sesi 2022
- Strategi terbaru bagaimana nak jawab soalan
- Skop penilaian yang digunakan dalam ujian ini
- Percuma risalah PAC bernilai RM40 apabila anda dapatkan rujukan utama PTD